Polis menahan seorang yang bergelar Datuk dan tujuh lagi lelaki di sekitar Sekinchan, Sabak Bernam awal pagi ini, berhubung insiden memecahkan botol arak di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 1.45 pagi.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan berhubung tindakan berhimpun dan memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras di hadapan pintu utama Bangunan SUK.
“Ekoran insiden itu pihak IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Shah Alam telah menerima aduan daripada pengawal keselamatan yang bertugas semasa kejadian berkenaan.
“...dan satu siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta perhimpunan,” katanya.
Beliau berkata polis akan memohon perintah reman ke atas kesemua mereka yang ditahan di Mahkamah Shah Alam di sini pagi ini, untuk siasatan lanjut kes tersebut.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, Datuk itu dan rakannya membawa 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke bangunan SUK, sebagai simbolik bantahan terhadap sebarang penganjuran pesta arak di negeri itu.
Beliau kemudian bertindak memecahkan kesemua botol minuman keras itu di hadapan pintu masuk utama bangunan tersebut.
Tindakan itu dibuat susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan dan menasihatkan MPK untuk tidak membenarkan penganjuran acara itu.
Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pula mengakui pihaknya menangguhkan kelulusan permit sementara penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya kebenaran daripada pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2017

Lelaki bergelar Datuk memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras di hadapan Bangunan SUK. - Foto: Facebook: Jamal Yunos

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pecah botol arak: Datuk, tujuh lelaki ditahan
Kesemua mereka ditahan berhubung tindakan berhimpun dan memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras di hadapan pintu utama Bangunan SUK.