Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan bersama Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial berkenaan maklumat yang tersebar dalam media sosial mengenai kewujudan kumpulan pedofil tempatan dalam aplikasi Telegram.
Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM Datin Mai Zairani Zainal Abidin berkata melalui jawatankuasa itu, SKMM bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu itu.
"Kita menyedari mengenai kes yang diviralkan itu dan walaupun masih tiada aduan rasmi dibuat, Jawatankuasa Khas ini telah pun memulakan siasatan mengenainya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kewujudan kumpulan itu didedahkan oleh aktivis hak asasi manusia, Syed Azmi Alhabshi dalam laman Facebook miliknya, yang memberi amaran tentang kewujudan golongan seumpama itu di Malaysia.
Menurut Mai Zairani, kes pedofil lazimnya disiasat oleh pihak polis sementara SKMM menjalankan tanggungjawabnya dari segi siasatan forensik ke atas platform komunikasi yang digunakan.
"Kita tahu bahawa aplikasi Telegram hanyalah platform yang digunakan kumpulan itu untuk berkomunikasi dan berkongsi bahan berkenaan namun jenayah juga dilakukan secara luar talian ketika berada di luar sana," katanya.
Dalam pada itu, Mai Zairani memaklumkan bahawa SKMM menerima dan menyiasat sebanyak 62 aduan berkaitan penyalahgunaan media sosial antara Januari hingga Mei tahun ini, peningkatan 63 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, empat kes telah berjaya didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) manakala empat lagi kes masih dibicarakan," katanya.
Di bawah akta itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda maksimum RM50,000.
Katanya SKMM juga mengeluarkan tawaran kompaun terhadap dua individu atas kesalahan yang sama sementara kes selebihnya masih dalam proses siasatan.
"Kami menerima aduan melalui pelbagai sumber termasuk pengadu yang datang ke SKMM, membuat aduan secara online (luar talian) di laman web rasmi SKMM serta jabatan dalam SKMM dan agensi penguatkuasaan lain," kata Mai Zairani.
Katanya kesalahan tersebut merangkumi aktiviti seperti menghantar dan memuat naik kandungan yang dianggap oleh pengadu sebagai sumbang, lucah, mengancam, jelik dan palsu.
"Kami turut mengalu-alukan pengguna media sosial untuk lebih prihatin dan membuat aduan kepada SKMM jika didapati terdapat mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial," katanya.
Mai Zairani berkata aduan boleh dibuat kepada Pusat Aduan SKMM melalui hotline 1 800 188 030, e-mel kepada [email protected] ataupun melalui aplikasi WhatsApp nombor 016-2206262.
Bernama
Fri Jun 03 2016
Kes pedofil lazimnya disiasat oleh pihak polis sementara SKMM siasat secara forensik ke atas platform komunikasi yang digunakan.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Imigresen Filipina akan usir dua pedofil dilabel sebagai warga asing tidak diingini
Mereka akan segera diusir dan akan diletakkan dalam senarai hitam yang melarang mereka daripada memasuki semula Filipina.
Kes pedofilia: Siasatan dijangka ambil masa sebulan - Polis Kelantan
Muhamad Zaki berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Pedofil sasar mangsa daripada pemilik akaun media sosial - Penganalisis jenayah
Ibu bapa serta penjaga perlu memberi perhatian dan memantau anak-anak terutama di bawah umur 13 tahun yang memiliki akaun media sosial daripada menjadi sasaran pedofil.
Indonesia tahan lelaki Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak jalanan
Polis menemui banyak video di komputer riba miliknya menunjukkan suspek, Francois Camille Abello mencabul lebih daripada 300 kanak-kanak.
Pedofil British, Richard Huckle, akhirnya mati ditikam di penjara
Seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan.
50 kanak-kanak mangsa pedofil antarabangsa diselamatkan
Interpol patahkan sindiket pedofil sekali gus menyelamatkan 50 kanak-kanak yang menjadi mangsa pelaku yang mempunyai tarikan seksual terhadap golongan itu.
'Pesalah paling keji' dipenjara 40 tahun kerana dera kanak-kanak secara seksual
Seorang pelancong pedofil di Adelaide dijatuhkan hukuman penjara bagi tempoh kira-kira 40 tahun selepas mengaku bersalah ke atas semua 50 pertuduhan mendera kanak-kanak secara seksual di Australia.
Demi kekasih, ibu durjana tergamak biar dua anak perempuan dirogol
Nasib malang menimpa kedua-dua anak kecil itu apabila Christin bertindak menghantar video dan gambar lucah anak perempuannya itu.
Buruh didakwa cabul kanak-kanak 8 tahun
Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.