Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Jefridin Atan akan membuat laporan polis terhadap mesej tular palsu yang mengaitkan kematian bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini.
Menurut Jefridin, pihaknya memandang serius mengenai mesej tular itu.
Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis pagi esok di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Putrajaya.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, mesej tular palsu ini adalah fitnah semata-mata dan menyusahkan rakyat. Sepatutnya rakyat memohon doa agar Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) panjang umur dan sihat sejahtera di samping keluarga.
"Kematian bukan isu yang boleh dimainkan. Saya akan serahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut tentang perkara ini," katanya ringkas kepada Bernama.
BACA: Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga - Jefridin Atan
Sementara itu, bekas setiausaha akhbar Abdullah, Teoh Ai Hua ketika dihubungi berkata, beliau berkesempatan berjumpa dengan Pak Lah di kediamannya baru-baru ini.
"Pak Lah sihat sahaja ketika saya berjumpa tempoh hari, saya pun tidak faham kenapa rakyat menularkan mesej tidak benar ini. Janganlah berbuat demikian," kata Teoh yang kini merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Hari ini, sekali lagi netizen dihidangkan dengan berita palsu menerusi penularan tangkap layar paparan Facebook yang mengaitkan kematian Pak Lah.
Pada 2 Ogos lepas, mesej yang sama turut digembar-gemburkan dan Jefridin yang mewakili Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita tular berhubung keadaan kesihatan bekas pemimpin negara itu dan menyatakan Pak Lah berada dalam keadaan sihat.
Abdullah Badawi, 81, adalah Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
SSatu laporan polis aklan dibuat pagi esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya oleh pegawai khas Abdullah berhubung mesej tidak benar mengenai bekas Perdana Menteri itu seperti yang tular di media sosial. - Gambar BERNAMA
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Liga Arab desak Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin
"Deklarasi Balfour terus menjadi luka yang mendalam dalam hati nurani manusia akibat Nakba yang dialami oleh rakyat Palestin."
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.