Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dan dengan itu keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.
Peguam Gobind Singh, mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi-saksi bebas semasa ikues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai-pegawai SPRM tidak bercakap benar.
Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai, 2009.
Hujahnya Mahkamah Koroner tidak sepatutnya mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.
"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman," katanya di hadapan penel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Dua lagi anggota panel ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.
Sementara itu, pihak pendakwa raya, diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan oleh empat pakar, termasuk pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis, semasa inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.
Nadia Hanim berkata hanya pakar dipanggil oleh perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu dengan merumuskan bahawa 80 peratus adalah homisi (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.
Katanya Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir semasa autopsi dilakukan.
"Beliau membuat spekulasi dan tidak konsisten semasa memberikan pandangannya, terutama tentang kecederaan di leher Beng Hock," katanya.
Beliau berkata Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian.
Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis mereka dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan penghakimannya.
Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Jan, 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian itu.
Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai, 2009.
Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu pada 1 Dis 2011.
Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Feb, 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Bernama
Wed May 28 2014
Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009. -Gambar Fail
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.
Malaysia berada di kedudukan strategik untuk manfaatkan ledakan AI - Gobind
Malaysia boleh memanfaatkan trend ini kerana negara memiliki sumber yang banyak ditambah dengan lokasi geografi yang selamat untuk pelabur.
Menteri sahaja yang boleh pecat saya - Hans Isaac
Hans Isaac hanya akan mengundurkan diri sekiranya beliau diarahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Penubuhan Majlis Media Malaysia martabatkan media
Usaha menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas ini sudah diperjuangkan oleh pengamal-pengamal media tempatan sejak sekian lama.
Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia tingkatkan sektor telekomunikasi
Laporan Bank Dunia itu satu bukti kepada keberkesanan inisiatif, dasar dan tindakan yang dilaksanakan MCMC.