Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu penting memandangkan mereka perlu berinteraksi dengan delegasi asing.
"Kita berpendapat Bahasa Inggeris ini amatlah penting dan perlu dikuasai pegawai tinggi kerajaan. Semua pegawai tinggi kerajaan hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana seringkali akan mengadakan rundingan dengan pihak asing," katanya dalam sidang media di Perdana Putra di sini, hari ini.
Susulan itu katanya, semua pegawai kerajaan akan menjalani ujian kompetensi bagi mengenal pasti penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan mereka.
"Ujian kompetensi akan diadakan ke atas pegawai kerajaan berkenaan penguasaan BI," ujarnya.