Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pakar yang mengendalikan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh.
Enggan mendedahkan anggota pasukan berkaliber tinggi itu, Apandi berkata beliau yakin lapan pakar tempatan dan antarabangsa terbabit setanding dengan pasukan Singapura.
"Saya rahsiakan dahulu, saya tidak akan umum sekarang. Namun saya boleh beritahu anda, kami setanding dengan siapa juga yang dihantar Singapura dan saya sedang menumpukan kepada isu Pulau Batu Puteh.
"Setakat ini saya ada enam pakar tidak termasuk saya, dan berkemungkinan besar akan menambah seorang dua lagi. Saya akan umumkan individu-individu ini kemudian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Jabatan Peguam Negara, di sini hari ini.
BACA: Pulau Batu Puteh: ICJ keluarkan teks permohonan Malaysia bagi semakan kehakiman
BACA: Penemuan fakta baharu Pulau Batu Puteh beri peluang menyerlah buat negara
Pada 3 Feb lalu, Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap penghakiman ICJ mengenai Pulau Batu Puteh bersandarkan tiga dokumen yang baru didedahkan oleh United Kingdom.
Dokumen terbabit merupakan surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan insiden yang difailkan pada 1958 oleh pegawai tentera laut British dan peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun-tahun 1960-an.
Mohamed Apandi berkata beliau yakin bukti baharu itu boleh memberi keputusan yang memihak negara.
Ditanya mengenai tarikh prosiding kes, Peguam Negara itu berkata permohonan mesti disampaikan kepada Singapura berserta tempoh masa untuk Singapura memberi maklum balas sebelum kedua-dua pihak dipanggil ke ICJ di The Hague.
"Kemudian kami akan hadir di ICJ untuk tarikh sebutan dan mungkin kemudian menetapkan tarikh pendengaran. Bagaimanapun ICJ sangat sibuk dengan mitigasi lain antara negara-negara Afrika. Justeru, untuk dapatkan tarikh itu mungkin ambil masa, sama ada dalam tahun ini juga atau tahun depan," katanya.
Mohamed Apandi menjelaskan secara ringkas bahawa keputusan ICJ pada 2008 berkisar pada sepucuk surat oleh timbalan setiausaha kerajaan negeri Johor yang memberitahu Singapura bahawa Malaysia tidak menuntut kedaulatan terhadap 'pulau batu puteh' pada 1953.
"Sekarang kita boleh guna bukti baharu dalam bentuk dokumen, telegram, surat-menyurat (1958) dan peta-peta (1962-1966), iaitu terkemudian daripada 1953. Semua ini jelas menunjukkan Pulau Batu Puteh kepunyaan Johor," katanya.
Ditanya mengapa Malaysia tidak mengemukakan bukti-bukti tersebut kepada ICJ ketika itu, Mohamed Apandi berkata kesemua bukti tersebut tidak diperoleh kerana diklasifikasi sebagai dokumen kerajaan British dan tidak dibuka kepada orang awam.
"Kerajaan British hanya mengklasifikasikan semula dokumen itu pada September 2013 iaitu lima tahun selepas keputusan ICJ berhubung Pulau Batu Puteh. Setelah dokumen dibuka kepada orang awam, pasukan saya mula menyiasat dan memeriksa lebih 3,000 dokumen untuk mencari tiga bukti ini.
"Sebab itu kami failkan semakan kehakiman. Kami amat percaya fakta-fakta baharu ini akan mengubah pertimbangan ICJ. Jika bukti-bukti ini ada dahulu, pulau itu tidak akan menjadi kepunyaan Singapura. Ia kepunyaan kita," katanya.
Mohamed Apandi turut mengulangi proses semakan semula itu tidak akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

Mohamed Apandi akan mengetuai pasukan pakar yang mengendalikan semakan semula penghakiman ICJ berhubung Pulau Batu Puteh. - fotoBERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Peguam Negara ketuai pasukan berhubung Pulau Batu Puteh
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pakar yang mengendalikan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh.

Akta Rumah Judi terbuka 1953 perlu dipinda kerana ketinggalan zaman - Peguam Negara
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpendapat Akta Rumah Judi Terbuka 1953 perlu dipinda kerana ia sudah ketinggalan zaman kerana hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah tidak relevan lagi