Pejabat kerajaan beroperasi dengan kehadiran yang berpadanan pada hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pada Isnin, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Beliau berkata laporan catatan kehadiran semasa daripada kementerian serta jabatan masing-masing mendapati purata peratusan kehadiran penjawat awam ke pejabat adalah 15 hingga 35 peratus.
"Dapatan laporan yang diterima menerusi kementerian serta jabatan menunjukkan peratusan kehadiran penjawat awam pada hari pertama PKPB tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.
"Data pelaporan peratusan yang diterima ini jelas menunjukkan bahawa walaupun pejabat kerajaan mula beroperasi sepenuhnya bermula 4 Mei, namun pendekatan yang diambil oleh ketua jabatan masing-masing telah meminimumkan kehadiran penjawat awam ke pejabat dengan opsyen bekerja dari rumah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Khairul berkata antara laporan kehadiran yang diperolehi seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli adalah 15 peratus; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), 24 peratus; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (29 peratus); Kementerian Pengangkutan (27 peratus).
Unit Perancang Ekonomi (28 peratus); Kementerian Dalam Negeri (38 peratus); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (20 peratus); Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (28.18 peratus); Kementerian Pertahanan (27.48 peratus); Kementerian Pengajian Tinggi (35.01 peratus); Kementerian Kerja Raya (30 peratus) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (15 peratus)
Jelasnya, peratusan kehadiran itu akan berubah mengikut masa dan keperluan tanpa menjejaskan prinsip asas dan objektifnya.
"Pendekatan bekerja dari rumah dan bekerja mengikut waktu fleksi adalah pendekatan yang digalak dan diamalkan pada ketika ini untuk membendung penularan wabak COVID-19.
"Semua kementerian dan jabatan diarah supaya memastikan sistem penyampaian kerajaan berfungsi sepenuhnya. Budi bicara ketua jabatan dalam menguruskan sumber manusia di pejabat masing-masing adalah dibenarkan dalam memastikan sistem penggiliran atau mereka yang diminta untuk bekerja dari rumah dapat dikawal selia bagi menjamin penyampaian perkhidmatan berterusan," katanya.
Mohd Khairul berkata ketua jabatan perlu memastikan peraturan sedia ada dipatuhi sepenuhnya selari dengan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, JPA berharap semua pihak yang berurusan dengan pejabat kerajaan dapat mematuhi normal baharu melalui garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan kementerian serta jabatan berkaitan.
"Perkhidmatan yang dapat dilakukan secara dalam talian perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kita harus cepat mengadaptasi pendekatan dan persekitaran yang berbeza dalam normal baharu kerja pada masa sekarang bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan kadar segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020

Peratusan kehadiran kakitangan ke pejabat itu akan berubah mengikut masa dan keperluan tanpa menjejaskan prinsip asas dan objektifnya. Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Tiada arahan penamatan kontrak secara besar-besaran pegawai tidak miliki SPM - JPA
JPA menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan arahan bagi menamatkan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki SPM.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.

Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.

JPA bakal laksana sistem penggiliran pegawai di kaunter pelanggan - KSU
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal melaksanakan pusingan kerja ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.

JPA nafi keluar arahan wajibkan pejawat awam miliki BMI seimbang
JPA menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Dis lepas.

Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.

85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.

PPS SSPA ditubuh beri penjelasan tepat, elak kekeliruan penjawat awam - KPPA
Pusat Panggilan Setempat SSPA yang ditubuh JPA bertujuan memberi penjelasan tepat bagi mengelak kekeliruan berlegar dalam kalangan penjawat awam.

Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Mereka boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.