Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak menerima elaun di bawah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diminta agar tidak menunggu disaat akhir untuk mengemukakan permohonan mereka.
Langkah itu bagi memudahkan proses semakan dibuat sebelum agihan bantuan dilakukan selain mengelakkan berlaku keciciran.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata perkara itu perlu diberi perhatian biarpun tarikh tutup permohonan hanya akan berakhir hujung bulan depan.
Beliau berkata proses pembayaran elaun sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan itu akan bermula November depan.
Beliau menyatakan demikian selepas program ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW’ peringkat negeri Kelantan di Kampung Gong Datoh, Pasir Puteh, siang tadi.
Dianggarkan terdapat lebih 440,000 orang pekebun kecil dan penoreh getah layak untuk memohon bantuan ini, dengan 52,000 orang terdiri daripada rakyat Kelantan.
Kerajaan persekutuan memperuntuk RM261 juta bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil ini terpelihara ketika musim tengkujuh.
Antara syarat asas yang dikenakan untuk membolehkan mereka menerima bantuan adalah perlu berdaftar bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta mempunyai kad permit pengesahan transaksi getah (PAT-G).
Bantuan berkenaan ialah inisiatif yang diperkenal buat pertama kali bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil dan penoreh getah apabila sumber pendapatan utama mereka terjejas akibat hujan berpanjangan pada akhir tahun.
Permohonan bantuan boleh di buat dengan mengisi borang yang di tetapkan ataupun di lakukan secara atas talian di laman sesawang Lembaga Getah Malaysia, www.lgm.gov.my
Astro Awani
Mon Sep 11 2017

Dianggarkan terdapat lebih 440,000 orang pekebun kecil dan penoreh getah layak untuk memohon bantuan ini, dengan 52,000 orang terdiri daripada rakyat Kelantan. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.

PRU15: Ahmad Jazlan kesal fitnah salah guna kedudukan lulus projek bina masjid
Ahmad Jazlan Yaakob, menafikan menyalah guna kedudukan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meluluskan projek pembinaan sebuah masjid ketika menjawat jawatan itu.

UMNO Kelantan letak calon di kerusi tradisi miliknya - Ahmad Jazlan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, UMNO Kelantan tidak akan berkompromi di kerusi yang menjadi tradisi ditandinginya.

UMNO Kelantan harap momentum kemenangan di PRN Melaka berterusan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengharapkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Penafian Zahid itu yang karut dan cerita kartun' - Nazri Aziz
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan - Ismail Sabri
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.

Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
Tindakan itu akan dilakukan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

PRU15: Muafakat Nasional Selangor selesai agih 90 peratus kerusi
Muafakat Nasional (MN) Selangor sudah menyelesaikan 90 peratus pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.

'Kami terkejut, terkilan dan sedih, Ikmal tinggalkan kami' - UMNO Kelantan
Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan melahirkan rasa amat terkejut, terkilan dan kecewa bercampur sedih dengan pengisytiharan keluar parti yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tanah Merah.