Kerajaan akan memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan yang ditawarkan majikan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot.
Tegasnya, jawatan-jawatan yang tidak diminati atau tidak dapat diisi pekerja tempatan dalam sektor yang diluluskan sahaja, akan dibenarkan untuk diisi pekerja asing.
"Kerajaan juga sentiasa menambah baik dasar penggajian pekerja asing bagi memastikan proses kelulusan, pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja asing menepati keperluan sebenar industri dalam ekonomi negara," katanya dalam jawapan bertulis sebagai menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Justeru katanya, dakwaan mengenai penggajian dan kemasukan pekerja asing menyebabkan rakyat tempatan hilang pekerjaan adalah tidak berasas.
"Purata kadar pengangguran bagi tempoh 2010 hingga 2015 adalah bawah paras 3 peratus. Ini bererti pengisian kekosongan jawatan oleh pekerja asing bukanlah menggantikan pekerja tempatan," tegas beliau.
Berdasarkan statistik JobsMalaysia, sepanjang tahun lalu, hanya 1,945 rakyat tempatan yang berdaftar sebagai pekerja baharu dalam kategori pekerjaan asas.
"Manakala, permintaan majikan bagi kategori pekerjaan asas adalah lebih tinggi dan keadaan ini telah memaksa kerajaan membenarkan penggajian pekerja asing oleh majikan demi kelangsungan pihak industri," kata Richard.
Berhubung angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang didakwa akan dibawa masuk ke Malaysia, beliau sekali lagi menegaskan, angka tersebut adalah calon pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan republik Bangladesh yang bersedia untuk bekerja di luar negara.
"Kerajaan masih berpegang kepada dasar bahawa penggajian pekerja asing dari mana-mana negara sumber hendaklah berdasarkan kepada keperluan sebenar industri dan sektor yang dibenarkan sahaja," katanya.
Majikan ujarnya masih diberi kebebasan untuk memilih pelerja asing dari negara sumber yang lain dan tidak terhad kepada Bangladesh semata-mata.
"Pada 31 Disember 2015, 282,437 pekerja Bangladesh telah dikeluarkan pas lawatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 09 2016

Hanya jawatan-jawatan yang tidak diminati atau tidak dapat diisi pekerja tempatan akan dibenarkan untuk diisi pekerja asing. - Gambar fail
250 acara disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2025
Sarawak menyenaraikan sekurang-kurangnya 250 acara di dalam kalendar pelancongannya bagi tahun 2025 demi mencapai sasaran ketibaan lima juta pengunjung pada tahun ini.
Rina Jainal serah kepada pimpinan GRS tentukan calon di DUN Kukusan
ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memilih calon bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke17 (PRN17).
Ketua masyarakat diseru kuasai teknologi AII
Ketua masyarakat di kawasan Petra Jaya akan dilengkapkan dengan ilmu kecerdasan buatan (AI) dalam memastikan mereka kekal relevan dan tidak ketinggalan dari sudut teknologi.

Rancangan tender semula helikopter Black Hawk sedang dilaksanakan
Rancangan untuk membuat tender semula bagi helikopter Black Hawk untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat di masa hadapan sedang dilaksanakan.
JIM Sabah akan pantau peniaga warga asing di bazar Ramadan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah akan memantau kehadiran warga asing yang mengambil kesempatan menyalah gunakan pas berniaga di bazar bazar Ramadan sekitar negeri itu.
Peniaga juadah berbuka puasa diingatkan patuhi waktu operasi
Peniaga juadah berbuka puasa di Kuching disarankan mematuhi waktu operasi yang ditetapkan, dengan hanya memulakan penjualan pada sebelah petang.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel terbakar.
PM akan berbuka puasa bersama rakyat di beberapa negeri
Bersempena dengan bulan Ramadhan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar akan mengadakan lawatan ke beberapa negeri untuk berbuka puasa bersama rakyat.
Fadillah ajak rakyat kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan kepentingan mengelakkan pembaziran makanan yang meningkat mendadak ketika Ramadan, kerana ia bertentangan dengan prinsip kelestarian alam dan keseimbangan sosial.
Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
Lebih 400 mangsa banjir di Telupid dan Paitan masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika umat Islam bersedia menyambut kehadiran Ramadan.

KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.

PRK Kemaman: Anak tempatan jadi keutamaan calon UMNO
Barisan Nasional (BN) menerusi UMNO akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Micron komited tambah pelaburan di Malaysia tingkatkan rantaian nilai semikonduktor - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob optimis lebih banyak syarikat asing akan terus melabur di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap antara terbaik di rantau ini.

PRN Johor: Fakrulradzi ingatkan calon BN, Endau bukan milik kayangan
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau adalah hak milik anak tempatan tegas, calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud.

Anak tempatan cipta robot pembersihan lantai pertama kegunaan hospital di Malaysia
Sekumpulan anak tempatan berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama untuk kegunaan di hospital di negara ini.

Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.

Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.

PRN Sabah: Anwar tidak pernah sebut calon PKR 'tidak semestinya berasal dari Sabah'
PKR hari ini menafikan beberapa laporan media tempatan yang menerbitkan berita kononnya calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak semestinya berasal dari Sabah.

PRN Sabah: MCA ketengahkan calon muda anak tempatan
MCA mempunyai calon berpendidikan serta berpengalaman terbaik dan pihaknya berharap dapat memuktamadkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi dalam masa terdekat.