Beberapa warga kerja Istana Johor terharu apabila menerima jemputan majlis perkahwinan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Besar, di sini, 14 Ogos ini.
"Saya terkejut dan bagaikan bermimpi apakah betul atau tidak mendapat jemputan itu, sehingga meremang bulu roma.
"Saya berasa diri ini amat dihargai apabila Tunku Aminah tidak melupakan saya dengan menjemput untuk ke perkahwinannya," kata Adnan Othman, 45, seorang pelatih kuda dan pemain Kelab Polo Diraja Johor.
Dalam satu temu bual bersama Royal Press Office iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, beliau menyifatkan puteri tunggal Sultan Johor itu sebagai seorang anak raja yang peramah, penyayang dan amat disenangi dalam kalangan pekerja istana.
Temu bual itu kemudian dikeluarkan kepada media menerusi Royal Press Office, di sini pada Sabtu.
"Saya mula mengenali Tunku Aminah sejak beliau berusia lima tahun dan mula melatih menunggang kuda secara aktif ketika beliau berusia 11 tahun," katanya.
Adnan yang juga seorang penolong veterinar berkata antara latihan asas yang diterima Tunku Aminah termasuk mengenali, memegang dan berjalan bersama kuda sebelum berupaya untuk menunggang.
Kegembiraan yang sama turut dikongsi oleh dua lagi pelatih kuda Tunku Aminah, Zubir Selamat, 35, dan Mohd Fazli Selamat, 37.
Bagi Zubir menerima jemputan perkahwinan Tunku Aminah bagaikan suatu penghormatan buat dirinya.
"Saya mengenali Tunku Aminah sejak beliau berusia empat tahun dan sedikit sebanyak berkongsi pengajaran mengendalikan kuda bersamanya.
"Walaupun beliau seorang yang pemalu, namun sangat berdisiplin dan bagaikan rakan karib kepada kami semua di sini," katanya.
Zubir berkata beliau langsung tidak menyangka akan menerima jemputan daripada Tunku Aminah yang sentiasa dianggap sebagai seorang rakan baik.
Bagi Mohd Fazli pula, beliau yang sudah bekerja sebagai pelatih kuda hampir 21 tahun menganggap jemputan perkahwinan itu sebagai satu penghormatan bagi mereka bertiga.
"Kami berterima kasih kepada Tunku Aminah kerana tidak pernah melupakan kami," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2017

Tunku Tun Aminah bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, pada 14 Ogos ini. -Gambar fail

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Tunku Aminah, Dennis bahagia, dakwaan rumah tangga berantakan tidak benar
KELUARGA diraja Johor kecewa dan kesal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin palsu mengenai rumah tangga Tunku Aminah dan Dennis.

Tunku Tun Aminah melawat Zaibo beri kata-kata semangat
Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat pelakon veteran dan pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid yang dikenali sebagai Zaibo di kediamannya di Rengit, Johor.

'Tak sangka kain tenun saya reka jadi pilihan Tunku Tun Aminah' - Tengku Puan Pahang
Tengku Puan Pahang tidak menyangka kain tenun yang direka hasil tangan banduan Penjara Penor menjadi pilihan anak saudaranya untuk majlis perkahwinannya.

'Persiapan untuk majlis Tun Aminah dah ready, adik dijemput Allah sehari sebelumnya'
Seorang abang meluahkan kisah adiknya menemui ajal sebelum sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Puteri Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah, semalam.

TPM Singapura hadir majlis perkahwinan Tunku Aminah hari ini
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean akan menjadi wakil khas Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke majlis perkahwinan puteri diraja Johor esok.

Tunku Tun Aminah sempurnakan majlis khatam al-Quran
Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim menyempurnakan pembacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

'Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri' - Tunku Aminah
Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sedang menyiapkan mahligai baharunya sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.

Pekerja istana terharu terima jemputan kahwin Tunku Aminah
"Saya terkejut dan bagaikan bermimpi apakah betul atau tidak mendapat jemputan itu, sehingga meremang bulu roma."

Perkahwinan diraja kekalkan adat dan tradisi Johor
Tunku Aminah berkata ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu perkahwinan diadakan dengan menampilkan segala keunikan dan kekayaan warisan serta tradisi negeri itu.

Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu
Sultan Johor berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami puteri tunggal baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.