Rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dibenarkan untuk kembali ke Johor dengan syarat perlu menjalani ujian kapas kesat (swab test) di klinik atau hospital di republik itu bagi mengesahkan bebas daripada COVID-19.
Susulan penetapan arahan terbaharu itu, Jabatan Imigresen Johor berkata surat pengesahan bebas gejala COVID-19 oleh klinik atau hospital di Singapura seperti yang ditetapkan sebelum ini adalah tidak terpakai.
Menurut jabatan itu, warganegara atau Penduduk Tetap Malaysia yang berada di Singapura dibenarkan masuk ke Malaysia dan tertakluk kepada peraturan serta prosedur itu yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.
Jabatan Imigresen Johor memaklumkan arahan terbaharu itu menerusi soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu, pada Sabtu.
Warganegara Malaysia tidak dibenarkan untuk keluar ke Singapura sehingga tamat tempoh PKP dan hanya warganegara Singapura yang memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia sahaja dibenarkan untuk pulang ke Singapura serta hanya dibenarkan kembali semula ke Malaysia selepas tamat tempoh PKP.
"Warganegara Malaysia bertaraf Penduduk Tetap Singapura yang telah pergi ke Singapura dalam tempoh PKP tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia sehingga tamat tempoh PKP.
"Bagaimanapun, sekiranya anda keluar sebelum tempoh PKP, anda dibenarkan untuk kembali ke Malaysia dan hanya dibenarkan pergi semula ke Singapura selepas tamat tempoh PKP," menurut jabatan itu.
Bagi warganegara Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dan pertama kali dipanggil majikan untuk bertugas, mereka dibenarkan ke Singapura dengan syarat perlu mengemukakan salinan surat Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura kepada pegawai imigresen bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.
Selain itu, perlu mengemukakan surat majikan dan kesanggupan majikan untuk menyediakan makan, minum serta tempat tinggal sepanjang tempoh PKP di Malaysia yang berakhir 14 April ini.
Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang Malaysia yang memegang Pas Pelajar dan Pas Mengiringi Pelajar/Pas Isteri atau Suami kepada Penduduk Tetap Malaysia/pemegang Pas Malaysia My Second Home (MM2H)/pemegang Pas Penggajian dan Pas Tanggungan, pemegang Pas Residen, pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak dibenarkan masuk ke Malaysia sehingga tamat tempoh PKP namun, pemegang pas tersebut dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKP.
Bagi kes-kes kecemasan, Jabatan Imigresen akan memberi pertimbangan berdasarkan kes dan sekiranya terdapat persoalan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Operasi BSI di talian 07-2182400, Pejabat Operasi KSAB di 07-5133040 serta Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN)Johor di 07-290 8007/8008.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 04 2020

Rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dibenarkan untuk kembali ke Johor dengan syarat perlu menjalani ujian kapas kesat.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.