Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown, di sini.
Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat, mangsa Mohaidin Gani Mohamad, 58, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan, kejadian berlaku ketika Pembantu Kesihatan Awam MBPP itu berhenti di lampu isyarat bersama dua buah lagi kenderaan.
Ketika sedang menungggu, tiba-tiba sebuah Honda Accord dipandu wanita berusia 24 tahun itu merempuh motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal dari arah belakang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis, katanya, masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Orang ramai dan saksi yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Setakat ini, pihak polis sudah mengambil sampel darah pemandu kereta juga diambil daripada bagi ujian kandungan alkohol dan dadah
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.
Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat berkenaan sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Oct 25 2019

Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat, mangsa Mohaidin Gani Mohamad yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Gambar PDRM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ingkar PKP: Pasar awam pertama di Pulau Pinang diarah tutup tiga hari
Pasar awam di Kompleks Sri Aman di Relau, Pulau Pinang menjadi pasar awam pertama ditutup selama tiga hari di negeri itu.

Beberapa jalan sekitar George Town ditutup mulai Jumaat hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini.

Pekerja MBPP maut dirempuh wanita mabuk
Seorang pekerja MBPP maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol di Georgetown

Siti Nurhaliza, Rosyam Nor terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AAM
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 oleh Akademi Pengurusan Asia

Polis berjaya selamatkan mangsa culik dalam tempoh kurang 24 jam
Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Syria dalam tempoh kurang 24 jam yang menjadi mangsa diculik rakan-rakan senegaranya.

Warga Rusia maut terjun kondominium
Mangsa yang dikenali sebagai Katya ditemui mati di tingkat sembilan kondominium tersebut oleh rakannya.

Mayat lelaki jatuh feri dijumpai
Mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan orang awam berhampiran Jeti Swettenham di sini, kira-kira jam 10 pagi Ahad.

Enam pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Pinang
Keenam-enam pemancing terbabit keluar memancing kira-kira jam 8 pagi, dengan menaiki sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam.

Lelaki maut terjun dari tingkat lima Prangin Mall
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan patah tulang tangan.

Video tular: Wanita terjun jambatan, berjaya diselamatkan
Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hasil tindakan pantas seorang anggota polis bantuan.