Badan yang mewakili kumpulan pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Bhd menganggap pengurusan syarikat itu tidak berperikemanusiaan kerana mengeluarkan notis mengosongkan bangunan dalam masa yang singkat.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) cawangan Utusan Melayu, Taufek Razak berkata, kakitangan juga keliru memandangkan memo dalaman yang dikeluarkan hanya menyebut tarikh akhir perkhidmatan mereka adalah 31 Oktober ini selain tidak diberitahu status sebenar lebih 800 pekerja di syarikat itu.
“Isu hari ini, dari segi kemanusiaan, cara yang dilakukan Utusan hari ini memang tidak berperikemanusiaan, tanpa beritahu apa-apa pampasan, tanpa memberi notis kepada kakitangan untuk keluar, jadi itu satu benda yang tidak wajar," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Utusan Melayu, di sini hari ini.
BACA: Utusan tutup operasi hari ini
Lembaga Pengarah Utusan membuat keputusan menutup operasi syarikat itu berkuat kuasa Rabu.
Dalam satu memo dalaman yang ditandatangani Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang diedarkan kepada kakitangan syarikat hari ini, beliau berkata, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation).
Dalam pada itu, Taufek berkata, mereka akan terus menunggu sehingga taklimat pengurusan yang dijadualkan 30 Oktober inisebelum mengambil langkah selanjutnya termasuk kemungkinan mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.
BACA: Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Firdaus Azil
Wed Oct 09 2019
Taufek Razak kesal pengurusan Utusan tidak telus dalam memaklumkan kemelut syarikat sehingga memberikan notis berhenti kerja dalam masa singkat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
NUJM ingatkan petugas media supaya berwaspada, patuhi SOP
Semua petugas media diingatkan sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Saham Media Prima tidak berubah meskipun pengumuman pelan rasionalisasi tenaga kerja
Saham Media Prima Bhd tidak berubah setakat 11.40 pagi Isnin di tengah-tengah pengumuman pelan rasionalisasi tenaga kerjanya.
Pekerja Utusan kesal syarikat beri notis dalam masa singkat
NUJ Utusan Melayu kesal cara pemberhentian lebih 800 pekerja dibuat tanpa rundingan dan penjelasan yang telus