Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan ketidakpercayaan pelabur untuk melabur di Malaysia bukan kerana keputusan kerajaan tidak meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Sebaliknya, tegas Tunku Ismail, ia kerana dasar polisi yang dipimpin oleh kerajaan sejak hari pertama Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan negara.
“Pelabur tak yakin bukan pasal tak sign (menandatangani) Statut Rom. Pelabur tak yakin pasal polisi macam yoyo since first day (sejak hari pertama). Setiap hari ada cerita baru.
"Contoh RTS (projek Sistem Rapid Transit) sesuatu yang boleh membantu masalah orang keluar masuk Johor dan Singapura dihentikan dan pergi bina lapangan terbang di Kulim,” demikian katanya dalam kemaskini di laman Twitter, pada Selasa.
Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata demikian sebagai membidas kenyataan seorang pengguna Twitter yang mendakwa pelabur tidak yakin dengan Malaysia selagi mana kerajaan tidak menerima ICC.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan Malaysia menarik diri daripada ICC kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu.
Dr Mahathir memberitahu keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.
Dalam pada itu, TMJ turut menyentuh isu yang tular berhubung khabar angin mengenai pertukaran Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Bagaimanapun katanya, kesempatan tersebut diambil individu lain kononnya arahan menukar Menteri Besar itu datang daripada pihaknya.
Namun, tambah TMJ, perkara itu sudah lama dititahkan dan pemilihan Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan,
“Titah untuk tukar Menteri Besar dah lama tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mileage (kelebihan) kononnya dia arahkan.
“Ke bawah duli tuanku sudah meneliti untuk tukar Menteri Besar sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politicking,” katanya.
Justeru itu, TMJ berharap Menteri Besar baharu bukanlah yes man Putrajaya, sebaliknya perlu mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor.
BACA: Jangan terikut spekulasi tukar MB Johor - Syed Saadiq
Hasimi Muhamad
Tue Apr 09 2019
Tegas Tunku Ismail, ia kerana dasar polisi yang dipimpin oleh kerajaan sejak hari pertama Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan negara. - Gambar fail
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
'Pelabur tak percaya bukan sebab Statut Rom, tapi polisi macam 'yoyo' - TMJ
TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan ketidakpercayaan pelabur untuk melabur di Malaysia bukan kerana keputusan kerajaan tidak meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.