KUALA LUMPUR: Pelaburan asing di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM48.1 bilion pada 2021 berbanding RM13.3 bilion pada tahun sebelumnya, manakala pelaburan di luar negeri mencatatkan RM19.7 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2020.
Sehingga akhir 2021, pelaburan langsung asing (FDI) terkumpul di Malaysia mencatatkan nilai yang lebih tinggi sebanyak RM788.8 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menerbitkan Statistik FDI di Malaysia dan pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) pada 2021.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata aktiviti ekonomi mulai pulih secara perlahan-lahan selepas terkesan daripada pandemik COVID-19.
Berdasarkan World Investment Report oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), aliran FDI ke negara-negara membangun di Asia meningkat sebanyak 19 peratus kepada US$619 bilion pada 2021.
"Oleh itu, pelaburan asing ke Malaysia pada 2021 meningkat untuk mencatatkan RM48.1 bilion, tertinggi sejak 2016," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut berkaitan prestasi FDI mengikut sektor, Mohd Uzir berkata sektor pembuatan mengembang sebanyak RM22.5 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM29.5 bilion yang menyumbang kepada aliran masuk terbesar dalam FDI.
Sektor pembuatan menarik 61.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan, terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan lain-lain pembuatan.
Sementara itu, perkhidmatan merupakan penyumbang kedua tertinggi terutamanya dalam aktiviti kewangan, diikuti oleh sektor perlombongan yang menerima dalam bentuk ekuti dan dana pelaburan saham.
Menjelaskan selanjutnya berhubung pelaburan Malaysia dengan lebih 190 negara, Mohd Uzir berkata, rantau Asia kekal menjadi sumber utama FDI di Malaysia bagi 2021 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM22.5 bilion, kebanyakannya diterima dari Singapura, Jepun dan Korea Selatan berjumlah RM17 bilion.
Rantau Asia turut menjadi sumber utama kedudukan FDI dengan nilai sebanyak RM413.1 bilion, diikuti Eropah pada RM207.7 bilion dan Amerika pada RM153.0 bilion pada akhir 2021.
Pada akhir 2021, kedudukan FDI telah meningkat sebanyak RM103.9 bilion untuk mencatatkan nilai RM788.8 bilion. Sektor perkhidmatan merupakan penerima terbesar pada 49.2 peratus atau RM388.4 bilion, dipacu oleh aktiviti kewangan dan borong runcit.
Ini diikuti oleh sektor pembuatan yang merangkumi sebanyak 42.2 peratus daripada keseluruhan FDI, terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan lain-lain pembuatan.
"Seperti mana prestasi FDI, aliran DIA meningkat RM9.5 bilion untuk merekodkan RM19.7 bilion disebabkan pelaburan yang lebih tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan," kata Mohd Uzir.
Pembuatan memintas perkhidmatan sebagai sektor utama bagi DIA, menyumbang 40.5 peratus daripada keseluruhan pelaburan terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan lain-lain pembuatan.
Sementara itu, sektor perkhidmatan menyumbang 30.3 peratus terutamanya dalam aktiviti kewangan. Eropah kekal sebagai rantau utama bagi aliran DIA pada 2021 dengan sumbangan sebanyak 54.9 peratus terutamanya ke Belanda dan United Kingdom(UK).
"Secara keseluruhannya, pelaburan ini kebanyakannya disalurkan ke Belanda, Kanada dan Indonesia," katanya.
Aliran DIA terutamanya adalah dalam bentuk ekuti dan dana pelaburan saham dengan sumbangan sebanyak 61.7 peratus disumbangkan oleh keuntungan yang dikekalkan di luar negeri walaupun mengalami aliran keluar yang lebih rendah dalam ekuti.
Pada masa yang sama, instrumen hutang merekodkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi hasil daripada aktiviti dalam kredit perdagangan.
Pada akhir 2021, kedudukan DIA berada pada RM547.0 bilion daripada RM515.1 bilion pada tahun sebelumnya dengan Singapura, Indonesia dan UK kekal sebagai tiga destinasi utama bagi para pelabur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata aktiviti ekonomi mulai pulih secara perlahan-lahan selepas terkesan daripada pandemik COVID-19. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Blinken akan bertemu Dermer dalam usaha realisasi gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel Ron Dermer sebagai usaha merealisasikan gencatan senjata di Gaza.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bali Nine: Pemindahan lima banduan ke Australia diharap dapat diselesai segera
Rundingan penghantaran pulang baki lima ahli kumpulan penyeludupan dadah Bali Nine ke Australia masih memerlukan banyak perkara yang diteliti, kata Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra.
Jendela: Fasa1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 - Fahmi
Sistem dan proses yang digunakan dalam Jendela Fasa 1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 Program Jendela yang dijangka melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 tapak di seluruh negara.
Pelayaran ke selatan Perancis adalah percutian peribadi- Najib
Beliau berkata, selain keluarganya, Tan Sri Bustari Yusuf dan anak-anaknya turut menyertai percutian peribadi itu.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahwa beliau secara konsisten menyokong TIA kekal berada di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Masidi beri keterangan secara sukarela di SPRM
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah memberi keterangan secara sukarela di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu pada Selasa berhubung dakwaan video tular memaparkan perbualannya dengan seorang individu berkaitan dana RM300,000.
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Industri permainan video Malaysia dijangka raih peningkatan pelaburan dari Jepun
MDEC menjelaskan ini didorong oleh kos perniagaan yang rendah, kumpulan bakat mahir, rangkaian studio Malaysia yang mantap dan sokongan kukuh daripada kerajaan.
Malaysia lebih selektif pilih pelaburan asing demi manfaat negara - PM Anwar
Malaysia kini lebih fokus kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi data.
ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN bincang isu-isu utama dengan matlamat menjadikan ASEAN destinasi pelaburan asing yang lebih menarik.
Malaysia di landasan jadi 'Harimau Asia', tarik pelaburan asing - Nga
Kestabilan politik adalah teras bagi menarik pelaburan dan kerajaan telah beri panduan jelas melalui beberapa pelan tindakan strategik.
GG56 Korea labur AS$1 bilion di Forest City bangunkan Bandar Budaya Korea pertama di Malaysia
GG56 Korea Ltd, firma pelaburan Korea akan melabur AS$1 bilion (AS$1=RM4.37) di Forest City untuk membangunkan Bandar Budaya Korea yang pertama di Malaysia.
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.
Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir - PM
Pelaburan daripada beberapa syarikat gergasi antarabangsa menjadi cabaran kepada Malaysia terutama dalam aspek meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
Pelbagai inisiatif bukti kerajaan serius pacu perkembangan AI
Keupayaan sesebuah negara melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi antara kayu ukur dalam menarik pelaburan asing.