Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar yang menghadapi masalah dokumentasi berkenaan status kewarganegaraan meneruskan pembelajaran sehingga proses pendaftaran selesai.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bagi memastikan para pelajar berkenaan tidak tercicir dari mendapat kemudahan pendidikan.
"Kita menyokong langkah yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam kes-kes terpencil di negeri Kedah yang mana para pelajar yang mengalami masalah demikian dibenarkan terus bersekolah.
"Kita membenarkan anak-anak ini yang salah seorang ibu atau bapanya yang merupakan warganegara Malaysia meneruskan persekolahan sementara proses dokumentasi berkenaan selesai," katanya.
Adalah tidak adil untuk menghukum kanak-kanak tersebut di atas kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka, katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah yang terjejas banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin.
Sebelum ini seorang pelajar di Kedah, Tan Yao Chun, 7, dilaporkan menghadapi masalah untuk bersekolah kerana bapanya seorang warganegara Malaysia tidak mendaftarkan kelahirannya dengan Kedutaan Malaysia di Thailand.
Tan yang dilahirkan di Hatyai, Thailand mempunyai ibu seorang warganegara Myanmar.
Dalam pada itu Mahdzir berkata kementerian juga sedia mengkaji keperluan untuk membuat struktur dan reka bentuk bangunan baharu di sekolah yang terletak di kawasan yang sering terjejas banjir.
Setakat ini, laporan sekolah yang sering ditenggelami air diterima dari empat daerah iaitu Rantau Panjang dan Tumpat di Kelantan dan Hulu Terengganu dan Setiu di Terengganu, katanya.
Beliau berkata:"Saya dimaklumkan ada sekolah tu setiap tahun dinaiki air sebanyak lima hingga tujuh kali dan sentiasa berulang (banjir).
Jadi cadangan dari Pejabat Pendidikan Daerah ialah kaji semula reka bentuk bangunan...kalau tiada tanah di kawasan sekolah, tapi hendak buat di situ juga ...boleh kita buat, namun tingkat atas sahaja...tingkat bawah kita kosongkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017
MAHDZIR: Ia bagi memastikan para pelajar berkenaan tidak tercicir dari mendapat kemudahan pendidikan. - Gambar Astro Awani/ Shahir Omar
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
Seramai 496,541 pelajar terima manfaat BAP di Sabah
Seramai 496,541 pelajar bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM74,481,150.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.