Siapa sangka, pelajar berbangsa Cina, Por Hui Ling, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring di sini memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini yang diumumkan semalam.
Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.
Meskipun latar belakang keluarganya beragama Buddha, pencapaian Hui Ling itu sebenarnya umpama mengulangi kejayaan abangnya, Por Jie Hua, 14, yang mendapat 5A 3 B dalam peperiksaan sama tiga tahun lalu.
Hui Ling ketika ditemui Bernama berkata dia mula mengikuti kelas KAFA ketika berada di Tahun Dua selepas mendapat dorongan daripada kedua ibu bapanya mempelajari sesuatu yang baharu dan mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan di sekolah.
Walaupun berdepan banyak kesukaran pada peringkat awal, dengan usaha gigih, tunjuk ajar serta bantuan guru serta rakan lain, Hua Ling berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik dan lancar.
"Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti kelas KAFA tetapi ibu bapa dan abang selalu memberi galakan kerana jika pelajar Melayu boleh mempelajari Bahasa Cina dengan baik kenapa pula kami tidak boleh.
"Saya juga selalu mengajar adik bongsu (lelaki), Por Jing Yi, 6, menulis Jawi di rumah dan nampaknya dia juga berminat untuk sertai kelas KAFA dua tahun lagi kerana sekarang ini dia masih di pra-sekolah," katanya yang juga boleh membaca Al-Quran.
BACA: Amali solat UPKK 2018 catat keputusan lulus hampir 100 peratus
Hui Ling berkata ibu bapanya, Por Kim Sin, 62, dan Yeap Bee Fai, 43, pula tidak pernah menganggap perbezaan agama sebagai halangan untuk seseorang itu mempelajari mengenai agama lain.
Justeru, mereka tidak keberatan menghantar tiga anaknya mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) pada sebelah petang di sekolah bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain untuk mengetahui sedikit sebanyak perkara mengenai agama tersebut.
"Saya pada mulanya tidak menyangka mampu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK tetapi bangga kerana dapat membuktikan keupayaan kepada keluarga yang menyokong saya," katanya.
Katanya, bahasa Arab serta tulisan Jawi adalah sesuatu yang seronok dipelajari dan tidak begitu sukar berbanding bahasa Mandarin.
"Mula-mula sahaja nampak susah tetapi selepas setahun saya dah boleh mahir menulis dan membaca Jawi dan Al-Quran sedikit-sedikit.
"Ia berbeza dengan bahasa Mandarin yang sampai sekarang saya belum mahir walaupun dah mempelajarinya selama lima tahun di sekolah.
"Oleh itu saya nasihatkan pelajar lain supaya jangan takut untuk belajar bahasa asing termasuk bahasa Arab kerana ia sebenarnya sangat seronok dan tidak menjejaskan jati diri bangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 21 2018
![Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK Pelajar Cina cemerlang peperiksaan UPKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545357794_UPKK.jpg)
Por Hui Ling menunjukkan keputusan cemerlang 8A dalam UPKK ketika ditemui di Taman Desa Jaya, di Kuala Nerus, 21 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
![Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.
![Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739935315_tbSambalBuduDurian.jpg)
Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.
![Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.
![KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732030175_TBRUBIAHWANG.jpg)
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.
![Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661308816_Petronas.jpg)
Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.
![Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808434_DatukHanifahHajar.jpg)
Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.
![Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.
![Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.
![Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739934766_tbSuruhanjayaTenaga.jpg)
Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.
![Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739773925_MohdHanafiahMan.jpg)
Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS
Lebih 70 peratus daripada hampir 60,000 murid Tabika Pra-Tahfiz di seluruh negara berjaya menguasai lebih 10 surah pendek (Juz Amma) al-Quran pada tahun lepas.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
![Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737898609_tbRajaPerlisTuanku.jpg)
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
![Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.
![MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709518609_kementerianpendidik.jpg)
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
![MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726759114_Mediu.jpg)
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
![Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726322233_TBANWARHUFFAZ.jpg)
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
![Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725897913_ArabSaudi.jpg)
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605079742_PelajarMaahadTahfi.jpg)
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.