Seorang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, Papar hilang di Pantai 3 Tanjung Aru di sini petang tadi.
Mangsa bersama keluarganya mengunjungi pantai berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi, namun dipercayai hilang sejam selepas itu.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra, sebelum itu mangsa mandi bersama adiknya dan kemudiannya hilang ketika sedang mandi berseorangan.
"Tidak lama selepas itu, apabila adiknya melihat kembali ke laut abangnya sudah tiada dan mereka sekeluarga segera mencari mangsa namun gagal," katanya dalam satu kenyataan media.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berbangsa Bajau itu terpaksa dihentikan 6.24 petang tadi memandangkan keadaan laut bergelora dan ombak kuat.
Bagaimana pun, operasi SAR di sepanjang pesisir pantai masih diteruskan.
Operasi SAR secara menyeluruh akan disambung semula pukul enam pagi Isnin.
Astro Awani
Sun Dec 11 2016
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berbangsa Bajau itu terpaksa dihentikan 6.24 petang tadi memandangkan keadaan laut bergelora dan ombak kuat. - Foto PDRM
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dibentang
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 telah dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa penasihat PPPTM 2025-2035 yang berlangsung di ibu negara semalam.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Tanjung Aru
Mangsa bersama keluarganya mengunjungi pantai berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi, namun dipercayai hilang sejam selepas itu.