Seorang pelajar perempuan tahun enam cedera di beberapa anggota badan selepas terkena 13 butir peluru penabur yang dilepaskan seorang penduduk berdekatan secara tidak sengaja di rumahnya di Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong, Langgar, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika Nur Syahida Bakar, 12, bersama bapa, ibu dan dua adiknya sedang makan di bahagian dapur rumah dengan keadaan pintu dapur rumah yang terbuka.
"Ketika keluarga ini sedang makan, tiba-tiba bunyi letupan menyebabkan bapa mangsa Bakar Saad, 45, membuat pemeriksaan sebelum mendapati butiran peluru bertaburan di atas peti sejuk dan anak perempuannya berusia 12 tahun cedera di beberapa anggota badan.
"Tidak lama kemudian, datang dua orang lelaki yang tinggal berhampiran rumah mangsa bersama sepucuk senapang memohon maaf kerana tersalah sasaran, niat asal mereka untuk menembak burung tetapi tersalah sasaran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata bapa pelajar berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar.
Hasil siasatan polis mendapati, 13 butir peluru terkena pada seluruh anggota badan iaitu empat butir pada bahagian dada, dua butir masing-masing di bahagian kepala, bahu kanan, betis kanan, dan satu butir masing-masing di bahagian paha, betis kiri serta kanan.
Mohd Rozi berkata kanak-kanak itu dirawat Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.
Ekoran kejadian, polis menahan tiga lelaki termasuk pemilik senapang berusia 74 tahun, seorang lelaki yang melepaskan tembakan berusia 52 tahun dan rakannya berusia 46 tahun untuk siasatan lanjut selain merampas sepucuk senapang jenis Short Gun Topper 12 bore yang mempunyai lesen yang sah.
Beliau berkata pemilik senjata api berusia 74 tahun itu bagaimanapun dibebaskan kerana faktor usia selain tidak terlibat dalam kejadian tembakan serta tidak mengetahui yang anaknya telah mengambil senapangnya itu sebelum ini.
Mohd Rozi menasihatkan pemilik senjata yang sah supaya menyimpan senjata mereka dengan rapi bagi mengelak digunakan hingga membahayakan orang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
MOHD ROZI: Hasil siasatan polis mendapati, 13 butir peluru terkena pada seluruh anggota badan mangsa.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.
16 dirawat di hospital selepas kebakaran roda Ferris di Leipzig
Enam belas orang yang cedera selepas sebuah roda Ferris terbakar di sebuah festival di Leipzig telah menerima rawatan di hospital.