Seorang murid tahun dua di sebuah daerah di Inanam, Kota Kinabalu, disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, kesemua kontak rapat pelajar itu telah pun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
Jelasnya, mereka yang diarah kuarantin termasuk rakan sekelas, keluarga pesakit dan kontak terlibat di sekolah berkenaan.
Terdahulu, murid terbabit telah dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.
Sehubungan itu, 37 rakan sekelas murid tersebut, ibu bapa dan lapan orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit terbabit.
Jelas Christina, pihaknya dalam pada itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka yang mempunyai gejala demam, batuk atau selesema ke sekolah.
Ini untuk mengelakkan insiden yang menjurus kepada suspek COVID-19.
Tambahnya lagi, para petugas sekolah turut diminta supaya melaksanakan konsep penjarakan sosial di kalangan murid-murid selain menggunakan pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman.
Ruzaini Zulkepli
Wed Jul 29 2020

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, semua kontak rapat terhadap pelajar itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

COVID-19 di Sabah: Tiada petugas kesihatan dikuarantin, katil mencukupi - Dr Christina
Petugas kesihatan yang dihantar dari semenanjung hanya menjalani orientasi selama satu hari dan bukan kuarantin.

Pelajar sekolah rendah disahkan positif COVID-19
Ia termasuklah rakan sekelas, keluarga pesakit dan kontak terlibat di sekolah yang berkenaan.

Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

COVID-19: 60 peratus kes positif di Sabah libatkan kes import
Tiada kes baharu dilaporkan semalam dan jumlah kes bagi negeri Sabah kekal 343.

Kota Marudu bukan lagi zon hijau COVID-19, satu kes positif direkodkan
Kota Marudu tidak lagi dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19 selepas mencatatkan kes positif pertama.

COVID-19: Saringan bersasar di Sabah, orang ramai digesa beri kerjasama
Orang ramai diminta beri memberi kerjasama semasa aktiviti itu dilaksanakan dan tidak cuba untuk mengelak daripada disaring kerana tidak mahu dikuarantin.

COVID-19: Badan kebajikan tampil bantu Sabah tampung kekurangan reagen
Yayasan itu berkata ia berupaya memperoleh bekalah reagen yang amat terhad dan telah diserahkan kepada jabatan kesihatan negeri bagi membolehkan ujian COVID-19 diteruskan.

Kesan awal kanser usus penting untuk rawatan
Pengesanan awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan.

Lapan kes H1N1 dikesan di Sabah
Pengarah kesihatan negeri sahkan tujuh kes melibatkan lima kanak-kanak dan dua orang dewasa telah dikesan di Likas dan satu di Sandakan.