Seorang pelajar Tingkatan Satu kritikal manakala tiga rakannya termasuk dua kanak-kanak berusia 11 tahun parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan aktiviti riadah bersama-sama rakan-rakan di jejambat Jalan Permatang Batu, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 11.20 malam itu, empat mereka menunggang tiga buah basikal di kawasan berkenaan sebelum dirempuh kereta dipandu seorang wanita berusia 26 tahun.
"Ekoran kemalangan itu, Mohd Nur Amier Ishak, 13, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.
"Rakannya Amirul Haiza Hakimi Abdullah Sani, 14, yang patah kaki kanan dan turut mengalami kecederaan parah juga dihantar ke hospital sama bagaimanapun dia dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata dua lagi rakan mereka iaitu Muhammad Nasrul Hisham Muhammad Nazri dan Mohd Alif Rosdi, masing-massing berusia 11, yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini.
Rusli berkata hasil siasatan awal mendapati empat murid sekolah tu sedang menunggang basikal di Jalan Permatang Rawa menghala ke Jalan Permatang Batu sebelum tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari Jalan Sungai Rambai telah melanggar mereka.
Pemandu kereta itu dipercayai dalam perjalanan balik ke rumahnya di Butterworth dan wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan, katanya.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan itu disiasat menurut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, saksi kejadian yang juga rakan kepada empat mangsa berkenaan Muhklis Haris Mokhtar, 13, berkata semasa kemalangan terbabit dia bersama dua lagi rakan sedang menunggang basikal di atas jejambat yang sama bagaimanapun mereka berada di hadapan.
"Waktu itu kami semua sudah hendak balik ke rumah masing-masing sebelum tiba-tiba sebuah kereta datang dan langgar mereka, ketika itu kami agak jauh daripada mereka kalau tidak mesti kena langgar sama," katanya ketika ditemui di HSJ di sini.
Bernama
Sun Mar 13 2016

Rusli berkata hasil siasatan awal mendapati empat murid sekolah tu sedang menunggang basikal di Jalan Permatang Rawa menghala ke Jalan Permatang Batu sebelum tiba-tiba sebuah kereta melanggar mereka. - Gambar Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pelajar Tingkatan Satu kritikal, tiga rakan cedera dirempuh kereta
Seorang pelajar Tingkatan Satu kritikal manakala tiga rakannya termasuk dua kanak-kanak berusia 11 tahun parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang menunggang basikal di jejambat di sini.