TIDAK dapat dinafikan, paras rupa yang cantik menjadi faktor utama dalam pemilihan pelakon di persada seni tanah air sejak dulu.
Namun, paras rupa yang cantik semata-mata tanpa disertai bakat tidak cukup untuk seseorang pelakon menempa nama dalam bidang seni.
Itulah topik hangat yang dibincangkan dalam forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor baru-baru ini.
Forum ini dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan FSKK, UKM sempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) KE 32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.
Barisan ahli panel yang diundang mengupas topik itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam dan Seniwati veteran, Noor Kumalasari.
Tidak ketinggalan, penampilan dua pendatang baru meningkat naik dalam industri hiburan, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan serta aktor Fahrin Ahmad sebagai moderator.
Majlis pelancaran forum disempurnakan Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa. Hadir sama, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida.
Rata-rata ahli panel yang diundang sepakat paras rupa yang cantik harus seiringan dengan bakat dalam misi untuk menjadi pelakon hebat di pentas lakonan.
Menurut Prof Md Nasir, pemilihan pelakon yang cantik untuk watak utama sudah dipraktikkan sejak dulu.
"Antara pelakon yang cantik pada zaman dulu ialah Seniwati Maria Menado, Zaiton dan Roseyatimah. Pemilihan pelakon yang cantik dan kacak diperlukan untuk watak hero.
Namun, pemilihan pelakon utama juga dibuat menerusi uji bakat dan bukan sekadar cantik semata-mata.
"Ada juga pelakon yang mewarisi bakat lakonan dari ahli keluarga seperti Noor Kumalasari dan Fauziah Datuk Ahmad Daud," katanya.
Kata Md Nasir lagi, bukan saja paras rupa dan bakat tetapi sikap seseorang pelakon juga memainkan peranan penting untuk menjadi pelakon yang bagus.
"Pada pemerhatian saya, pelakon pada zaman dulu, hubungan mereka rapat seperti adik beradik dan mereka menetap di kuarters yang sama pada zaman Shaw Brothers.
"Pelakon dulu juga sangat menjaga aspek disiplin kerana sikap memainkan peranan penting untuk berjaya dalam bidang lakonan. Berbeza dengan pelakon baru zaman sekarang yang bersikap sombong.
"Sebagai pelakon baru, mereka boleh menggilap bakat lakonan dengan menimba ilmu dengan mereka yang lebih berpengalaman," katanya. -- Gempak
Gempak
Wed Nov 16 2022
Paras rupa yang cantik semata-mata tanpa disertai bakat tidak cukup untuk seseorang pelakon menempa nama dalam bidang seni. - Gempak
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
"Saya dan Idham tiada masalah" - Hans Isaac jawab dakwaan tidak sehaluan dengan Idham terajui FINAS
Hans Isaac nafi dakwaan hubungan beliau dengan Ahmad Idham Ahmad Nadzri 'panas' dan tidak sehaluan.
Kontrak Ahmad Idham sebagai CEO FINAS berakhir Mac 2020
Seperti yang sudah dijangka, Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan melepaskan kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bermula 10 Mac depan.
Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?
Kedudukan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai CEO FINAS difahamkan 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan digantikan dengan individu lain.