Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia baru berkuat kuasa 1 Mei ini menyerlahkan kegagalan laporan oleh The Wall Street Journal (WSJ).
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya berkata, pembohongan serta langsung tidak mempedulikan fakta oleh WSJ hari ini sekali lagi terbukti.
"WSJ yang melaporkan sebagai fakta buat beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dan beliau dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Ini dilakukan di sebalik tiada pengumuman telah dibuat, dan berdasarkan sumber yang tidak mahu dikenali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Tengku Sariffuddin lagi, ramai yang percayakan laporan WSJ kerana mereka tidak sedar bahawa WSJ telah secara sukarela membenarkan ia digunakan sebagai alat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi 'Kempen Anti-Najib', dengan tajuk yang sensasi.
"Tanggungjawab paling asas bagi mana-mana wartawan ialah perlu mengesahkan fakta, lebih-lebih lagi jika dakwaan itu serius dan daripada lawan politik.
"Tetapi WSJ berterusan melaporkan pembohongan sebagai fakta daripada sumber tidak mahu dikenali. Mereka mengaibkan bidang kewartawanan. Sepertimana dibuktikan sekali lagi hari ini, rakyat Malaysia tidak boleh percayakan apa-apa sahaja yang mereka katakan," katanya.
Astro Awani
Wed Apr 27 2016
Tengku Sariffuddin berkata pembohongan serta langsung tidak mempedulikan fakta oleh WSJ hari ini sekali lagi terbukti.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
'Kejayaan Robert Kuok adalah satu cerita kejayaan Malaysia - PM Najib
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyambut baik kenyataan yang telah dibuat oleh ahli perniagaan, Robert Kuok dan menghargai setiap peluang yang diberi kepadanya.
Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin
Datuk Seri Tengku Sariffuddin berkata Lim melakukan apa yang seorang diktator lakukan dengan menyalahkan orang lain, menimbulkan kebencian dan enggan memikul tanggungjawab atas salah lakunya.
1MDB dan IPIC setuju dengan penyelesaian timbang tara
Tanggungjawab ini akan dipenuhi oleh 1MDB, terutamanya menerusi usaha pengewangan unit dana pelaburan yang dimilikinya.
Isu Kerinchi: Tengku Sariffuddin anggap Nurul Izzah cuci tangan
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, kesal dengan sikap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam isu 35 keluarga terlepas peluang mendapat rumah baharu di Kerinchi.
Laman blog rasmi PM berwajah baharu
Blog itu dikemas kini bagi menjadikannya lebih interaktif dan memudahkan pengguna melayari kandungan yang disiarkan.
Mukhriz fail saman, nafi 'gila' mahu jadi PM
Saman dan tuntutan ganti rugi itu dibuat atas beberapa kenyataan Tengku Sariffuddin yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
WSJ, Sarawak Reports tidak hormati Malaysia - Tengku Sariffuddin
Menurut Setiausaha Akhbar Perdana Menteri itu, adalah sesuatu yang mengaibkan apabila nama baik Yang di-Pertuan Agong turut diseret media asing tertentu untuk menyerang Malaysia.
Pelantikan Gabenor baru, laporan WSJ ternyata salah - Setiausaha Akhbar Najib
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata pembohongan serta langsung tidak mempedulikan fakta oleh The Wall Street Journal sekali lagi terbukti.