Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia mengikut prosedur yang betul.
Prosedur itu kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah dari segi perlembagaan dan kuasa eksekutif.
"Benda itu (prosedur) semuanya betul. Cuma yang berbangkit sekarang ini ialah soal politik. Orang persoalkannya dan politik pula mengikut tafsiran masing-masing," kata beliau kepada media sebagai mengulas isu itu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Orang Ramai Felda Sri Ledang di Pagoh di sini, hari ini.
Biarpun pelantikan itu dilihat sebagai satu langkah yang baik, Muhyiddin bagaimanapun berharap akan ada perbincangan terlebih dahulu diadakan bersama pemimpin Pakatan Harapan pada masa hadapan bagi memastikan golongan ini memahami sebab pelantikan.
"Ini supaya ia selari dengan apa yang telah kita kemukakan dalam manifesto," katanya.
Pelantikan Latheefa yang diumum pada tiga hari lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong akan berkuat kuasa mulai 1 Jun selama dua tahun.
Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhaya Suruhanjaya terbabit.
Berhubung isu Op Selamat sempena Aidilfitri pula, Muhyiddin berkata, beliau diberitahu bahawa setakat ini, kira-kira 13,000 kes kemalangan dilaporkan sepanjang operasi.
Ini sekaligus menampakkan bahawa operasi dan kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan seakan tidak mendatangkan kesan yang mendalam bagi mengurangkan kadar kemalangan.
"Kemalangan masih berlaku mungkin kerana nak cepat balik, sampai ke destinasi dan kampung tetapi apapun, ini suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh pengguna jalan raya demi mengelakkan hal-hal ini berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2019

MUHYIDDIN: Benda itu (prosedur) semuanya betul. Cuma yang berbangkit sekarang ini ialah soal politik.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid
Latheefa Koya mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.

SPRM gagal lucut hak wang RM100,000 milik Kasitah Gaddam
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram.

SPRM nafi tutup akaun Twitter
SPRM menjelaskan bahawa penutupan akaun rasmi Twitter @SPRMMalaysia berpunca daripada isu teknikal.

Saksi pembelaan Latheefa dan Shafee 'bengang' antara satu sama lain
Latheefa berkata beliau tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai kes RM4 bilion yang didakwa dihantar ke bank BSI di Switzerland kerana ia akan menjejaskan siasatan SPRM yang sedang berjalan.

Kembalikan kemandirian SPRM - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, keputusan ini bagi mengembalikan kemandirian SPRM dan memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Latheefa sahkan hantar surat letak jawatan
Surat itu dihantar pada Isnin, 2 Mac lalu dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Latheefa tidak pasti pendedahan rakaman perbualan individu berprofil tinggi sah atau tidak
Muhammad Shafee dakwa pendedahan itu bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mahkamah benarkan kerajaan lucut hak lebih RM32,000 daripada UMNO Kelantan
Wang tersebut yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).