Pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dianggap tidak sesuai memandangkan beliau kini memegang portfolio dalam Kabinet.
Bekas Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sekiranya Maszlee terus memegang jawatan itu, dikhuatiri pandangan dan keputusan beliau melibatkan kepentingan universiti berkenaan selepas ini akan dianggap berat sebelah.
"Kita bimbang 20 universiti tempatan lain akan mempersoal sekiranya UIAM dapat pandangan menteri, kami bagaimana? Jadi soal berat sebelah walaupun beliau tidak akan melakukannya, tetap akan timbul dan boleh dipertikaikan," katanya kepada Bernama.
Rais turut mempersoal sama ada pelantikan tersebut telah dibincangkan dalam Kabinet dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terlebih dahulu.
"Kalau belum (dibincangkan) itu satu kealpaan yang harus diatasi kerana Menteri Pendidikan sepatutnya tidak menyertai tahap atau peringkat itu kerana jawatan beliau lebih tinggi. Bagaimanapun biarlah Perdana Menteri menentukan dan ambillah orang yang boleh mengendalikan UIAM ke arah lebih cemerlang," katanya.
Sementara itu, Rais yang juga Pengerusi Yayasan Budi menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan oleh Raja-Raja Melayu kerana membolehkan institusi diraja mendengar pandangan dan cadangan rakyat berhubung isu agama dengan lebih terperinci dan telus.
"Saya positif penubuhan jawatankuasa ini kerana anggota yang mempunyai pelbagai pengalaman boleh menasihati mengenai undang-undang, tradisi dan adat serta menjadi penghubung rakyat kepada raja dengan memberi maklum balas kepada raja masing-masing mengikut kefahaman sepatutnya.
"Tinggal sahaja kepada peringkat diraja bagi menerima gelombang perubahan dan pandangan rakyat untuk membawa perubahan negara ke arah lebih baik," katanya.
Pada 9 Ogos lepas, tujuh anggota jawatankuasa tertinggi itu menerima watikah pelantikan yang dianggotai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebagai Pengerusi; Felo di Oxford Centre for Islamic Studies Datuk Dr Afifi al-Akiti sebagai Timbalan; dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebagai Setiausaha jawatankuasa berkenaan.
Jawatankuasa itu juga terdiri daripada bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan; bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Dua wakil tambahan dari Sabah dan Sarawak turut menganggotai jawatankuasa berkenaan - Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar dan Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 07 2018
Rais turut mempersoal sama ada pelantikan tersebut telah dibincangkan dalam Kabinet dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terlebih dahulu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.