Kerajaan sedang merancang untuk menjadikan pelarian Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sebagai aset tenaga kerja negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penukaran status mereka yang selama ini dianggap tanggungan itu diharap dapat membantu sebagai tenaga kerja dalam sektor memerlukan.
Ketika ini, dianggarkan sekitar 55,000 pelarian berdaftar berada di Malaysia dan menurut Ahmad Zahid, setiap daripada mereka berpeluang bekerja di negara ini.
"Kita akan berikan kemudahan, pertamanya untuk diberikan latihan dalam bidang separa mahir yang akan kita perincikan pelaksanaannya supaya mereka juga dapat diberi peluang pekerjaan dengan terus memegang kad Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
"Ia supaya kita dapat tukarkan status mereka daripada menjadi liabiliti selama ini kepada aset iaitu menjadi tenaga kerja tambahan mengikut keperluan bidang-bidang tertentu yang diizinkan mengikut perundangan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
BACA: Myanmar digesa hentikan serta-merta penindasan Rohingya - PM
Ahmad Zahid memberitahu perkara itu sedang dalam perincian dan akan dimaklumkannya dalam masa terdekat.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai persetujuan Hamas dan Fatah untuk membentuk kerajaan gabungan, Ahmad Zahid berkata, ia satu langkah yang disarankannya dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin Hamas, Khaled Mashal semasa Perhimpunan Agung UMNO tempohari.
Pada masa sama, beliau menyeru dunia untuk bersama menolak usaha meletakkan kedutaan daripada Tel Aviv ke Jerusalem.
"Ini seolah-olah memberi pengiktirafan kepada pencerobohan Israel di Palestin sedangkan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB memutuskan supaya perjanjian persempadanan mengikut garis 1967 itu hendaklah dipatuhi Israel.
"Dalam hal ini Malaysia komited, bukan hanya dalam menentukan resolusi itu dilaksanakan tetapi kita meminta masyarakat antarabangsa terutamanya menggunakan platform OIC untuk menentukan bahawa jika ada tindakan demikian, masyarakat antarabangsa perlu menolak," ujarnya.
Israr Khalid
Thu Jan 19 2017
Kerajaan sedang merancang untuk menjadikan pelarian Rohingya yang berdaftar dengan UNHCR di negara ini sebagai aset tenaga kerja negara. - fotoBERNAMA
Trudeau tubuhkan semula jawatankuasa hubungan Kanada-AS susulan kemenangan Trump
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Chrystia Freeland akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.
Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.
UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.
Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.