Terkejut dengan keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), rata-rata rakyat negara itu terpaksa akur dengan presiden baharu yang dipilih oleh suara majoriti, iaitu Donald Trump.
Keputusan itu turut mengundang pelbagai reaksi termasuk warga Amerika di Malaysia.
Bagi seorang petugas organisasi bukan kerajaan (NGO) Kyle Weber, dia bimbang akan kesan daripada pentadbiran di bawah Trump yang dilihat lebih ke arah dasar negara yang tertutup.
"Saya sedikit gementar dengan Trump sebagai Presiden kerana saya berpendapat Trump tidak mewakili sentimen ramai warga Amerika yang tinggal di luar negara. Dasar Amerika di bawah Trump juga lebih tertutup dan ia adalah bertentangan dengan apa yang perlu dilakukan Amerika dan dunia secara keseluruhan.
"Apa yang diperlukan sebaliknya adalah Presiden yang lebih terbuka dan boleh berunding dengan negara-negara lain serta mengadakan dialog," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
LAPOR LANGSUNG: Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45
Namun, bagi AJ Calhoun, tidak kira siapa yang menjawat jawatan ketua negara itu, masih ada sistem yang berfungsi bagi memastikan semak dan imbang dalam kerajaan.
"Kalau kita lihat pada akhirnya, kerajaan perlu ada semak dan imbang. Sama ada anda suka atau tidak sesiapa yang berkuasa, tidak menjadi masalah kerana hakikatnya masih terdapat ramai lagi orang iaitu ribuan orang yang bekerja bagi membentuk sesebuah kerajaan termasuk badan eksekutif, kongres dan kehakiman.
"Ia adalah lebih daripada seseorang individu malah melibatkan semua pihak termasuk mereka yang mengundi ke arah menjadikan negara lebih baik," katanya yang berkhidmat sebagai guru.
Apa yang pasti, keputusan itu rata-rata mengejutkan ramai pihak.
Bagi Vaishali Ravi, warga Amerika di Malaysia, dia mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat.
"Saya rasa ini adalah bukti amalan demokrasi di Amerika Syarikat. Seorang calon yang tidak mempunyai sebarang pengalaman politik dapat sampai ke tahap ini.
"Saya rasa sekiranya ini adalah pandangan rakyat Amerika Syarikat dan bakal menjadi hala tuju negara, saya ingin tahu apakah yang bakal terjadi seterusnya. Saya amat terkejut namun pada masa sama mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi," katanya.
Tan Su Lin
Wed Nov 09 2016

Weber bimbang akan kesan daripada pentadbiran di bawah Trump yang dilihat lebih ke arah dasar negara yang tertutup. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.