Tentera Rusia berkata hari ini, peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, mengorbankan kesemua 298 penumpang di dalamnya, datang daripada senjata milik tentera Ukraine, bukan Moscow.
Pesawat itu ditembak jatuh peluru berpandu buatan Soviet di kawasan dikawal pemberontak di timur Ukraine pada Julai 2014, sejauh 40 kilometer dari sempadan Rusia, di mana pertempuran berlanjutan selama beberapa bulan antara tentera Ukraine dan pemisah disokong Rusia, lapor agensi Associated Press (AP).
Mei lalu, Netherlands dan Australia mengumumkan, mereka percaya, peluru berpandu itu dipindahkan ke Ukraine dari satu unit tentera di bandar Kursk, Rusia.
Rusia menafikan sekeras-kerasnya pembabitan negara itu dan selama bertahun muncul dengan pelbagai teori berkaitan punca nahas, secara umumnya meletakkan kesalahan itu di pihak Ukraine.
Ketua Direktorat Artileri dan Peluru Berpandu Kementerian Pertahanan Rusia, Leftenan Jeneral Nikolai Parshin memberitahu media pada Isnin, tentera sudah mengkaji dan mengubah status arkib di pusat penyelidikan di luar ibu kota ini yang menghasilkan peluru berpandu Buk selepas penyiasat Belanda memaparkan bahagian peluru berpandu dan nombor sirinya.
Parshin berkata, arkib Rusia menunjukkan peluru berpandu yang dibuat daripada bahagian itu dipindahkan ke sebuah unit tentera di barat Ukraine pada 1986 dan pada pengetahuan Rusia tidak pernah meninggalkan Ukraine.
Ditanya mengenai kemungkinan pemisah mungkin merampas sistem peluru berpandu ketika pertempuran pada 2014, jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Igor Konashenkov mengakui, Rusia tidak memiliki sebarang dokumen membuktikan perkara sebaliknya, namun menunjukkan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang menafikan pemisah merampas mana-mana peluru berpandu Buk milik mereka.
Pasukan Siasatan Bersama, ditubuhkan negara yang hilang rakyatnya dalam nahas MH17 dalam satu kenyataan berkata, ia ‘mengambil perhatian’ mengenai maklumat didedahkan tentera Rusia pada Isnin.
Penyiasat berkata, mereka meminta Rusia maklumat berkaitan nombor siri namun tidak menerima balasan.
Beberapa minggu sebelum nahas, pemisah bercakap besar di media sosial mengenai menembak jatuh pesawat tentera Ukraine. Pada hari nahas MH17, seorang komander pemberontak menulis, tenteranya menembak jatuh sebuah pesawat tentera Ukraine.
Beliau kemudian berkata, akaunnya digodam dan pemberontak tidak menembak jatuh sebarang pesawat pada hari itu. - Agensi
Sinar Harian
Mon Sep 17 2018
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Soviet di kawasan dikawal pemberontak di timur Ukraine pada Julai 2014, sejauh 40 kilometer dari sempadan Rusia. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.