Susulan kejadian seorang pemandu wanita yang merempuh seorang pekerja pembersihan sehingga parah di Jalan Anson, Pulau Pinang pagi tadi, polis mengesahkan pemandu yang memandu kereta perodua Axia telah dikenal pasti sebagai seorang wanita warganegara Vitenam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata suri rumah berusia 29 tahun yang dilaporkan melarikan diri selepas melanggar pemandu lori sampah pagi tadi, kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di George Town.
Katanya, pemandu wanita itu dimasukkan ke wad berikutan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dada akibat rempuhan kemalangan tersebut.
"Berdasarkan siasatan kita mendapati, wanita itu sudah tinggal di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan memandu kereta milik rakannya ketika kemalangan berlaku."
"Siasatan juga mendapati mangsa tidak berada dibawah pengaruh alkohol dan telah pergi ke hospital berkenaan dengan sendiri selepas kemalangan tersebut." katanya ketika dihubungi.
BACA: Pekerja pembersihan parah dirempuh kereta
Wanita terbabit juga hanya mempunyai lesen memandu Vietnam.
Terdahulu, semakan polis mendapati kereta berkenaan milik seorang lelaki berusia 67 yang tinggal di sebuah kondominium di Jelutong.
Che Zaimani berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian jam 6.40 pagi Jumaat, seorang pemandu lori sampah Mukhtar Bahari, 62, cedera parah di kaki selepas dirempuh pemandu wanita berkenaan ketika dia sedang memungut sampah di jalan berdekatan Bangunan Persekutuan.
Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.
Siasatan awal mendapati lori terbabit diletakkan di bahu jalan dan kereta yang dipandu wanita itu datang dari arah Jalan Burma menuju ke Jalan Macalister.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Nov 15 2019
pemandu wanita itu dimasukkan ke wad berikutan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dada akibat rempuhan kemalangan tersebut. - Foto PDRM
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Pemandu Honda Accord dibelasah selepas langgar Axia
Pelanggaran berlaku di Persiaran Eco Santuary, Telok Panglima Garang di Kuala Langat membabitkan dua kereta jenis Honda Accord yang dipandu mangsa serta Perodua Axia dipandu suspek.
Polis siasat video tular wanita pecahkan cermin van penghantar
Polis menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.
Lelaki pandu lawan arus di lebuh raya PLUS direman 3 hari
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat.
Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad
Polis mengesahkan wanita yang memandu kereta perodua Axia itu telah dikenal pasti sebagai warganegara Vietnam.
Nombor plat RM1.1 juta: Lebih baik beli 5 rumah teres?
Plat kenderaan Malaysia 1 berjumlah 1,111,111 juta ringgit, boleh dapat rumah, 32 kereta AXIA dan 275 motor Modenas Kriss MR2.
Jualan Axia tertinggi 2015, Perodua belum cadang naikkan harga kereta
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan satu lagi kejayaan apabila menjual lebih 213,000 unit kereta mereka bagi tahun 2015.
Perodua optimis capai sasaran jualan 205,000 unit tahun ini disokong model Axia
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 205,000 unit kenderaan pada akhir tahun ini di sebalik situasi mencabar dalam industri automotif sekarang.
Perodua akan eksport Axia ke Mauritius, Sri Lanka pada suku ketiga
Perodua telah menghentikan pengeluaran model Viva dan merancang untuk meneruskan jualan dengan memasuki pasaran yang sama.
Perodua Axia jadi penanda aras baharu pasaran EEV - Muhyiddin
Model terkini kereta Perodua Axia bakal menetapkan penanda aras baharu dari segi kualiti, pengurusan kos dan produktiviti dalam pasaran kenderaan cekap tenaga atau EEV.