Pemandu Gojek mengancam untuk mengadakan demontrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi membantah terhadap satu dakwaan penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.
Menurut beberapa laporan media tempatan, yang memetik kenyataan Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono sebagai berkata mereka akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.
Menurut Igun jika pihak terbabit tidak membuat permohonan maaf terbuka, mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi dan mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini.
Berdasarkan satu video yang viral di Indonesia, pengasas dan penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.
"Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta," menurut petikan video itu.
Diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, yang kini juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat rangkaian pengangkutan dan start up itu, Gojek adalah kebanggaan Indonesia, bukan hanya sekadar perkhidmatan pengangkutan penumpang menggunakan motosikal tetapi lebih dari itu.
Di Indonesia, bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek telah dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada 2 juta rakan kongsi pemandu.
Pada 2018, Gojek juga mencatatkan nilai transaksi kasar (GTV) lebih US$ 9 billion di semua negara operasinya, dan menjadikannya kumpulan teknologi pengguna terbesar di Asia Tenggara berdasarkan GTV.
Gojek kini juga beroperasi di Singapura, Filipina, Thailand (dikenali sebagai GET) dan Vietnam (dikenali sebagai GoViet).
Baru- baru ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Rahman mencadang memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai ojek, yang memicu pelbagai polemik.
Ditubuhkan pada 2010, Gojek menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti GoRide (pengkhidmatan pengangkutan motosikal), GoCar (pengangkutan kereta seperti GrabCar), GoFood (penghantaran makanan), GoBlueBird (perkhidmatan teksi), GoBills ( pembayaran bill semasa), GoMart (perkhidmatan pembelian barangan di supermarket), GoLaundry (perkhidmatan dobi), GoAuto (perkhidmatan membaiki kenderaan) dan banyak lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Menurut Igun jika pihak terbabit tidak membuat permohonan maaf terbuka, mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi dan mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Pemandu Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia berikutan video penghinaan tular
Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.