Misteri kehilangan seorang pemandu Grab terjawab selepas ditemui mati akibat dijerut, di dalam kenderaannya berdekatan flat Selayang Baru malam tadi.
Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi hitam itu ditemui polis kira-kira jam 11 malam di tempat letak kereta flat berkenaan.
Pihak polis terpaksa memecahkan cermin kenderaan mangsa untuk memeriksa keadaannya.
Pemeriksaan forensik menemui mayat mangsa di bahagian tempat duduk pemandu.
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri, 27 tahun, kali terakhir bertugas membawa penumpang pada Khamis jam 9.34 malam dari Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Selayang Baru.
Apabila mangsa tidak pulang, keluarganya segera membuat laporan polis.
Sehingga kini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, mayat ditemui dalam keadaan tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki di atas.
Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Tey Kong Seng, laporan itu juga berkata polis menemui dua telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta tersebut, namun tiada senjata dijumpai di tempat kejadian.
Astro Awani
Sun Jun 24 2018
Mayat Aiman Nosri dijumpa di dalam kenderaannya dalam keadaan tertungkup di tempat letak kereta flat Selayang Baru. - Astro AWANI
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
Wanita diragut ketika hendak ke hospital
Suspek dikesan membawa sebuah beg delivery berwarna jingga di bahagian tempat penumpang motosikal.
Pemasangan kawat berduri di tangga PPR Kg. Baru Air Panas dipersetujui bomba
Pemasangan kawat berduri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di sini, sudah dipersetujui bersama.
Projek ubah suai rumah Perdana Menteri UK disiasat
Spekulasi mengatakan perbelanjaan untuk mengubah suai rumah Boris Johnson adalah RM1.14 juta, walaupun geran yang diperuntukkan hanya RM171,000.
Flat Sri Labuan akan dirobohkan, rumah mampu milik akan dibangunkan di tapak asal
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkaitan kini sedang merancang untuk membina rumah mampu milik di tanah berkenaan.
Terharu, teruja dapat rumah sekali ganda lebih luas
Gembira, terharu, teruja jelas terpancar di wajah penerima rumah baharu di Residensi Razakmas2 di Bandar Tun Razak, Cheras.
Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP
Kajian UNICEF dan UNFPA mendedahkan, peratusan murid menengah atas yang tidak hadir ke sekolah agak membimbangkan semasa sekolah dibuka semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP
pendapatan isi rumah penengah di 16 flat kos rendah di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 23 peratus berbanding semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu kepada RM2,233.
Tiga cedera lif rosak di Jinjang
Terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.
Gadis dan teman lelaki direman kes campak bayi
Ketua Polis Derah Barat Daya, Suprintendan A A Anbalagan berkata, pihak hospital memaklumkan bayi berkenaan tidak perlu menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang tidak serius.
Teman lelaki ibu campak bayi serah diri
Seorang lelaki berusia 18 yang dipercayai teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan menyerahkan diri di balai polis pada Khamis.