Keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 13 Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth dekat sini awal pagi semalam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu kereta yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan dua lelaki maut dalam kejadian itu.
Bapa Muhammad Amin Najmi, Azaman Hashim, 49, berkata tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya dan sahabat baik anak kedua daripada empat beradik itu, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, yang maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta berkenaan.
"Saya akan berbincang dengan keluarga Muhamad Syaiful untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk saman ke atas pemandu wanita tersebut. Ini keadilan untuk kedua-dua arwah.
"Saya juga berharap pihak kerajaan dan polis dapat ambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk ini kerana sejak kebelakangan ini, kita kerap dengar kes kemalangan maut disebabkan mereka (pemandu mabuk) kes makin meningkat, mereka yang tidak bersalah jadi mangsa," katanya ketika ditemui di bahagian forensik Hospital Kepala Batas, di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan pukul 2.30 pagi itu, Muhammad Amin membonceng motosikal Yamaha 125 ZR yang ditunggang Muhamad Syaiful dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Paya Keladi Hujung, di sini sebelum dilanggar dari belakang.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dan motosikal mereka hangus terbakar manakala wanita yang memandu kereta Toyota Vios serta berada di bawah pengaruh alkohol itu tidak mengalami kecederaan.
BACA: Dua maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk
BACA: Jurujual wanita terbabit kemalangan ragut nyawa dua sahabat direman
Azaman yang bekerja kilang berkata beliau dan isteri, Normasirah Mat Sidik, 47, sempat makan bersama Muhammad Amin pada 11 malam tadi sebelum dia keluar dengan rakannya kerana ada hal kerja yang perlu diselesaikan.
"Ibunya sempat pesan supaya balik awal kerana dia bekerja pagi ini, kami hanya tahu arwah terlibat kemalangan selepas dihubungi pihak polis dan saya terus bergegas ke lokasi kejadian," katanya sambil memberitahu, anaknya bekerja sebagai kontraktor pendawaian.
Jenazah Muhammad Amin dan Muhamad Syaiful dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Paya Keladi, pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dan motosikal mereka hangus terbakar. - Foto PDRM
Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic, dijual pada harga GBP1.56 juta
Ia adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk memorabilia Titanic, menurut rumah lelongan Henry Aldridge and Son.
AWANI Global: CIIE 2024: Menuju perkongsian masa depan era baharu
Diskusi dan analisis pasca penyertaan Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2024 dan kepentingan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dalam Awani Global jam 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami dijalankan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 17 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 November 2024
1️⃣ SPRM panggil lima ADUN Sabah
2️⃣ Kerajaan sedia ambil tindakan
3️⃣ Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami dijalankan
#awaniringkas
1️⃣ SPRM panggil lima ADUN Sabah
2️⃣ Kerajaan sedia ambil tindakan
3️⃣ Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami dijalankan
#awaniringkas
[TERKINI] Ujian urin kepada pengguna vape
KDN memberi lampu hijau supaya pengesanan dadah dilakukan terhadap pengguna vape.
Apa relevan di luar Malaysia? Dubai jadi destinasi pertama
20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di Mihas@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.
Semua pembeli premium ini yang sudah berdaftar dengan Perbadanan Perdagangan Malaysia (MATRADE) melalui program yang dikenali Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).
Ikuti perincian Nazri Kahar yang berada di Dubai.
Semua pembeli premium ini yang sudah berdaftar dengan Perbadanan Perdagangan Malaysia (MATRADE) melalui program yang dikenali Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).
Ikuti perincian Nazri Kahar yang berada di Dubai.
APEC 2024 tutup tirai, Sidang Kemuncak G20 pula menanti
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Rio de Janeiro pada lewat malam Sabtu waktu tempatan selepas selesai menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru. Harits Asyraf Hasnan bawa rangkuman lanjut berkenaan lawatan tersebut.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Bakat ‘maestro’ industri hiburan tanah air, Allahyarham Datuk Hashim Said yang lebih dikenali sebagai S. Atan begitu gah, hingga dicemburui seorang lagi ‘maestro’, iaitu Datuk M. Nasir.
M. Nasir, yang terkenal dengan julukan ‘sifu’ dalam mencipta lagu-lagu pelbagai genre mengakui beliau kadang-kadang cemburu dengan kebolehan S. Atan dalam menghasilkan karya yang sentiasa relevan dan mendapat tempat di hati pelbagai generasi.
M. Nasir, yang terkenal dengan julukan ‘sifu’ dalam mencipta lagu-lagu pelbagai genre mengakui beliau kadang-kadang cemburu dengan kebolehan S. Atan dalam menghasilkan karya yang sentiasa relevan dan mendapat tempat di hati pelbagai generasi.
Pemilik syarikat ditahan, disyaki tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 20 November ini dikeluarkan Pendaftar, Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.
Perintah reman selama empat hari sehingga 20 November ini dikeluarkan Pendaftar, Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.
KDN laksanakan sesi libat urus - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan mengadakan sesi libat urus bersama pengamal media dalam mendapatkan maklum balas serta cadangan berkaitan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Pemandu mabuk: Keluarga mangsa kemalangan cadang ambil tindakan undang-undang
Tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya dan sahabat baik anaknya, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, yang maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta berkenaan.