Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak menjadi masalah sekiranya elaun menteri dan ahli politik dipotong sebagai usaha membantu kerajaan berhadapan dengan cabaran ekonomi.
Beliau senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengeluarkan kenyataan untuk memotong elaun ahli politik berbanding elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).
“Kalau perlu potong, tak ada masalah. Apa yang penting, kami harus melihat keperluan hari ini untuk menguruskan kewangan secara bertanggungjawab dan berhemah.
“Kami juga perlu pastikan tiada berlakunya sebarang ketirisan, tiada kebocoran, tiada amalan rasuah dan salah guna kuasa.
BACA: Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal hanya libatkan lantikan baharu tahun depan
BACA: Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
“Ini kerana pengalaman pahit yang kita alami sejak beberapa tahun ini memberikan kesan parah kepada ekonomi negara dan rakyat,” kata Mohamed Azmin kepada wartawan selepas membuat tinjauan di kawasan pergerakan tanah di Bukit Antarabangsa pada Sabtu.
Katanya lagi, kerajaan perlu memberikan fokus dalam membanteras rasuah dan amalan salah guna kuasa.
Pada Rabu lalu, Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan untuk memotong elaun ahli politik dan menteri, bukannya elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.
BACA: Perdana Menteri setuju tangguh pekeliling mansuh BIPK - Syed Saddiq
Kenyataannya adalah susulan pekeliling baharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini mengenai pemansuhan BIPK mulai 1 Januari 2020 bagi penjawat awak 33 Skim Perkhidmatan Kritikal yang baharu dilantik.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, isu pemansuhan BIPK tersebut akan terus dibincangkan secara dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada setiap Rabu.
“Jemaah Menteri sentiasa mengambil maklum tentang pendapat daripada rakyat dan kami selalu membincangkan dalam mesyuarat.
“Kami mengambil masa 4 hingga 5 jam setiap Rabu untuk membincangkan masalah ini.
“Kami akan terus membincangkan masalah ini dan satu keputusan akan diambil pada mesyuarat tersebut,” katanya.
Isabelle Leong
Sat Dec 28 2019

MOHAMED AZMIN: Kalau perlu potong, tak ada masalah. Apa yang penting, kami harus melihat keperluan hari ini untuk menguruskan kewangan secara bertanggungjawab dan berhemah. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dikekalkan
Perkara itu dilihat masih dalam keadaan sementara dan akan menimbulkan konflik pada masa akan datang.

Pemansuhan BIPK beri impak pada golongan muda - Cuepacs Sarawak
Kelompongan jawatan perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di Sarawak mungkin akan berlaku.