Malang tidak berbau, itu sahaja yang dapat kita gambarkan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya atau sesuatu musibah.
Oleh itu, penggunaan kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ dalam kenderaan adalah satu langkah yang sangat baik buat semua pemandu di Malaysia.
Meskipun ia hanya satu alat aksesori kereta sahaja namun ia mampu menjadi satu bahan bukti sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemalangan di jalan raya.
Pemandu kini terutamanya di Malaysia dilihat memiliki kesedaran dalam pemasangan kamera tersebut di dalam kereta dan ia dilihat sebagai satu trend yang sangat positif buat pemandu-pemandu di Malaysia.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata rakaman video tersebut boleh dijadikan bahan rujukan atau bukti jika berlaku kemalangan.
“Kalau ikutkan rakaman-rakaman video ini mampu menjadi satu bahan rujukan dan bukti jika berlaku kemalangan kepada pemandu atau kenderaan di sekeliling mereka.
"Ia juga berfungsi untuk menjadi satu bahan rujukan jika terdapat pemandu yang memandu secara cuai atau berlakunya pembulian sewaktu memandu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah beliau, bahan rakaman yang telah dirakam oleh dashcam juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti serta memudahkan pemandu membuat sebarang tuntutan insuran.
Pada 20 Januari lepas, satu kemalangan ngeri di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dipandunya dilanggar sebuah kereta lain jenis Toyota Vios, yang mana video rakaman dashcam kejadian itu tular dalam laman sosial.
Dalam masa itu, Siti Zaharah juga menasihatkan supaya pemandu yang ingin membeli dashcam supaya membeli produk yang berspesifikasi yang mampu merakam dengan resolusi yang jelas kerana jika berlaku sesuatu rakaman tersebut akan menjadi satu bahan bukti yang jelas.
Asyraf Roslan
Thu Feb 14 2019

Bahan rakaman yang telah dirakam oleh dashcam juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti serta memudahkan pemandu membuat sebarang tuntutan insuran - Gambar Hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pemasangan dashcam langkah baik buat pemandu Malaysia
Malang tidak berbau, itu sahaja yang dapat kita gambarkan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya atau sesuatu musibah.