Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.
Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, berkata biarpun kekananan seorang Raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Tengku Abdullah dipilih Majlis Raja-Raja sebagai YDPA yang baharu.
Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan.
Manakala, Majlis Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih YDPA ke-16 dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini di Istana Negara.
Menurut laporan Bernama, Wan Nazrul Helmy berkata perkara itu berdasarkan kecenderungan majlis itu mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja dan bukannya kekananan takhta dalam pemilihan YDPA setelah pusingan pertama sistem itu berakhir pada 1994.
Turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggiliran ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak adalah berdasarkan kekananan takhta dan Majlis Raja-Raja dilihat cenderung mengekalkan turutan itu dalam pusingan kedua sistem penggiliran yang bermula dengan pemilihan Almarhum Tuanku Jaafar dari Negeri Sembilan pada 1994.
Ia diikuti Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor pada 1999, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dari Perlis pada 2001, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu pada 2006, Almarhum Sultan Abdul Halim dari Kedah pada 2011 dan Sultan Muhammad V dari Kelantan pada 2016.
“Berdasarkan konvensyen turutan penggiliran yang sedia ada itu, Tengku Abdullah boleh dipertimbangkan Majlis Raja-Raja untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong walaupun baginda baharu sahaja diisytiharkan menaiki takhta sebagai Sultan Pahang keenam.”
“Hal ini pernah berlaku semasa pemilihan Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 pada 13 Dis 2001 walaupun baginda baharu naik takhta kerajaan Perlis pada 17 April 2000,” katanya.
BACA: Sultan Johor zahir tahniah atas pemasyhuran Sultan Pahang
BACA: Tengku Abdullah, pegang rekod kedua paling lama jadi Putera Mahkota
Menyentuh ketokohan Tengku Abdullah, Wan Nazrul Helmy berkata baginda merupakan waris ganti Raja pemerintah yang paling ‘senior’ di Malaysia kerana telah menjadi Tengku Mahkota selama 44 tahun sejak 1975 ketika baginda berusia 16 tahun.
“Pengalaman inilah yang membentuk sahsiah peribadi Tengku Abdullah dan dilihat seorang pewaris yang amat berwibawa. Baginda banyak mewarisi sifat ayahanda baginda yang rendah diri, prihatin dan dekat dengan rakyat.
“Ini dapat disaksikan sendiri oleh rakyat apabila berlaku musibah terutamanya banjir, baginda adalah antara orang yang terawal turun padang mencemar duli bertanya khabar dan menghulur bantuan kepada mangsa menyebabkan rakyat Pahang amat menyayangi baginda,” katanya.
Tengku Abdullah, 60, juga merupakan simbol perpaduan bagi rakyat negeri Pahang dan ini dapat dilihat dalam titah ucapan baginda ketika merasmikan majlis mahupun ketika menghadiri program bersama rakyat, baginda sering menekankan tentang soal perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Dalam keadaan Malaysia Baharu ini, isu perpaduan dilihat merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dan dengan ketokohan yang ada pada Tengku Abdullah ini, sekiranya baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu, baginda mampu menjadi ikon semangat muhibah di negara ini.
“Ibarat mutiara mahkota yang bersinar, saya percaya Tengku Abdullah mampu meneruskan legasi Sultan Ahmad Shah menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan dekat dengan rakyat sesuai dengan ungkapan yang pegangan keluarga diraja ini ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada,” katanya.
Astro Awani
Sun Jan 13 2019
Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan. - Gambar Bernama
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.