Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini bahawa pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) secara aktif dalam urus niaga mata wang asing pada tahun 1980-an, tanpa pengetahuan beliau.
Beliau berkata bekas gabenor ketika itu Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussein telah memutuskan untuk melibatkan BNM secara aktif dalam urus niaga mata wang asing bagi tujuan mengimbangkan volatiliti mata wang ringgit untuk memelihara rizab dan ekonomi negara.
"Walaupun saya cuma dapat tahu tentang penglibatan aktif urus niaga mata wang asing oleh BNM selepas daripada itu, saya menerima alasan kenapa ia dilakukan oleh BNM di bawah pentadbiran Jaffar," beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM pada tahun 1990-an.
Dr Mahathir, 92, yang merupakan saksi ke-24 berkata pada tempoh hujung 1980-an beliau mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kenaikan secara paksa nilai Yen Jepun yang dilakukan oleh beberapa negara besar iaitu Negara-negara Anggota G7 .
Katanya, pada masa itu Malaysia mengalami kesan negatif kerana pinjaman negara dalam Yen telah menjadi hampir tiga kali ganda lebih mahal dalam nilai mata wang Malaysia akibat daripada peristiwa "Plaza Accord".
Dr Mahathir, yang membaca pernyataannya, berkata pada ketika itu nilai impot barangan dalam Yen turut naik hampir tiga kali ganda.
Katanya, beliau tiada pengetahuan peribadi berhubung cara, butiran, keuntungan ataupun kerugian terperinci mana-mana urus niaga mata wang asing yang dijalankan boleh BNM semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata semasa perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau tidak ada pengetahuan ataupun sebab untuk mengesyaki bahawa BNM menjalankan apa-apa urusan yang bertentangan dengan kuasa yang diberikan kepada BNM di bawah undang-undang.
"Semestinyalah, sekiranya saya mempunyai apa-apa sebab untuk berfikiran sebaliknya, saya akan mengambil langkah yang perlu sebagai Perdana Menteri untuk mengenal pasti perkara itu," kata Dr Mahathir.
Beliau juga ada memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam tempoh lewat 1980-an beliau pernah dijemput oleh Jaffar ke bilik urus niaga BNM, di Kuala Lumpur.
Katanya, cuma sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri beliau masuk ke bilik urus niaga kerana pada ketika itu Jaffar mahu menunjukkan kepada beliau tempat di mana urus niaga mata wang asing itu dijalankan.
"Dalam ingatan saya, pada lawatan itu saya cuma berada di sana untuk tempoh masa lebih kurang setengah jam sahaja. Tujuan saya hadir di situ adalah untuk memenuhi hasrat dan jemputan Allahyarham Tan Sri Jaffar semata-mata," kata beliau.
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi Perdana Menteri, BNM menjalankan operasi dan tadbir urusnya secara bebas sebagai satu badan korporat di bawah \"Central Bank of Malaysia Ordinance 1959 .
"Saya sebagai Perdana Menteri, tidak pernah mencampuri urusan dan pentadbiran BNM sama sekali dan saya juga percaya saya tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencampuri polisi, urusan dan pentadbiran BNM itu," kata beliau.
Dr Mahathir berkata BNM perlu menampilkan laporan kewangan tahunannya yang perlu diaudit oleh Ketua Audit Negara dan kemudiannya diserahkan kepada Menteri Kewangan untuk seterusnya dibentangkan di Parlimen.
"Setakat ingatan saya, laporan audit tahunan BNM bagi tahun 1992 telah dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet pada awal tahun 1993.
"Apa yang telah dibentangkan dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sama seperti yang telah dibentangkan di Parlimen selepas itu," kata Dr Mahathir.
Suruhanjaya Siasatan Diraja diketuai Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said serta Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan.
Selain itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon dan Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2017

Bercakap di hadapan RCI hari ini, Dr Mahathir berkata pada hujung 1980-an beliau dapat tahu tentang perkembangan kenaikan secara paksa nilai Yen Jepun yang dilakukan beberapa negara besar. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.