Pembangunan sebidang tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat mengutamakan kediaman rumah mampu milik kepada Bumiputera.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pecahan kepada pangsapuri harga bebas untuk baki pembangunan itu pula tetap memberi majoriti kepada Bumiputera.
"Penduduk asal tapak setinggan itu juga sudah dipindahkan ke program perumahan rakyat (PPR) berhampiran selain tanah itu sendiri menjadi milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Ogos 2011 lagi.
"Syarikat pemaju itu perlu membina 50 peratus rumah mampu milik pada harga RM198,000 dan 100 peratus untuk Bumiputera.
"Sementara untuk pangsapuri harga bebas, 50 peratus adalah untuk Bumiputera dan bakinya untuk Cina dan India. Harganya pula adalah di bawah RM600,000," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Mhd. Amin mengulas mengenai menyataan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang mahu DBKL melihat semula keperluan sekeping tanah di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan kondominium mewah berbanding perumahan mampu milik yang mengutamakan kepentingan rakyat setempat.
Tegas Johari, isu itu semakin meragukan kerana kelulusan diberi kepada sebuah syarikat perumahan yang baru ditubuhkan.
Dalam pada itu ketika ditanya tentang harga asal pangsapuri yang mencecah RM750,000 sebelum dikatakan diturunkan selepas demonstrasi penduduk di Kampung Datuk Keramat, ini kata Mhd. Amin:
"Itu tidak betul sama sekali. Tanah di Keramat sama dengan Bandar Tun Razak dan tempat lain, saya sudah lancar sembilan projek. Semua lebih kurang sama, harganya tak lebih RM600,000, harga rumah mampu milik pula tidak lebih RM200,000".
Sebelum ini, Pengerusi Penganjur Perhimpunan Aman Himpunan NGO Penduduk Keramat, Norham Shazali meminta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL memberi asalan kukuh menolak pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) di Kampung Datuk Keramat.
Norham berkata DBKL juga seolah-olah mempunyai perancangan tersendiri yang mengetepikan terus hasrat penduduk di sana yang mahu pembinaan perumahan mampu milik untuk mereka.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 17 2015

DATUK BANDAR KL: Pembangunan Kampung Datuk Keramat utamakan bumiputera - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.