Kerajaan memberi jaminan bahawa pembangunan semula Kampung Baru tidak akan meminggir atau mengabaikan hak milik serta pewaris asal kampung berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana penggubalan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) sebelum ini melibatkan proses yang ketat serta melalui beberapa siri perbincangan bersama pemilik dan pewaris tanah.
"Jumlah penduduk diunjur meningkat kepada 77,000 orang (menjelang tahun 2035) berbanding 18,372 orang pada masa ini dan bagi menampung jumlah itu, pelan ini menetapkan penyediaan 17,500 unit kediaman termasuk bagi 'mix-income housing' yang memfokuskan kepada pewaris serta anak-anak Kampung Baru.
"Ini merupakan bukti bahawa kerajaan memastikan tiada pemilik dan pewaris tanah yang akan terpinggir dalam arus pembangunan semula Kampung Baru," katanya ketika berucap melancarkan PITPKB di sini hari ini.
Muhyiddin berkata pelaksanaan pelan induk itu akan mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat khususnya penduduk Kampung Baru dalam mentransformasi dan memacu sosio-ekonomi negara.
Muhyiddin menyifatkan pembangunan semula itu sebagai langkah bijak kerajaan dalam memperkasa dan memartabatkan Bumiputera, khususnya Melayu di bandar.
"Penyediaan pelan ini telah menetapkan visi untuk menjadikan Kampung Baru sebagai 'Pusat Kebudayaan dan Enklaf Aktiviti Ekonomi Baru Bandaraya Kuala Lumpur'.
"Pembangunan bercampur lengkap dengan komponen kediaman dan perniagaan bersama elemen kemudahan berkaitan, diyakini mampu merangsang minat pelabur. Konsep pembangunan berteraskan 'People City' dengan elemen 'Live, Work, Learn and Play' adalah inti pati utama dalam pelan ini," katanya.
Timbalan perdana menteri berkata dengan nilai potensi pelaburan RM61 bilion, ia dijangka dapat mewujudkan lebih 46,000 peluang pekerjaan menjelang 2035 termasuk kepada penduduk Kampung Baru.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pelan induk berkenaan memfokuskan kepada dua aspek penting iaitu perancangan fizikal dan pengurusan pembangunan Kampung Baru berkeluasan dianggarkan kira-kira tiga kali ganda pembangunan keseluruhan Kuala Lumpur City Centre.
Muhyiddin berkata pelan induk itu turut memberi penekanan kepada peningkatan kemudahan infrastruktur bagi mengimbangi keperluan masa hadapan Kampung Baru.
Beliau berkata penekanan akan diberi kepada penyediaan laluan khas bas transit dengan mengambil kira corak aktiviti dan guna tanah masa hadapan.
"Pelan induk ini juga melibatkan perbincangan terperinci dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat bagi mewujudkan satu stesen MRT Line 2 dalam Kampung Baru sebagai nadi dan pemangkin pembangunan kawasan istimewa ini," katanya lagi.
Selain itu, beliau menjelaskan pelan induk itu melibatkan pembangunan secara berperingkat melibatkan tiga tier iaitu perbandaran, kejiranan dan bangunan.
"Kemudahan seperti sekolah atau masjid akan disediakan pada Tier Pertama iaitu peringkat Perbandaran, kemudahan tadika, perpustakaan mini dan surau contohnya akan disediakan pada Tier Kedua iaitu peringkat Kejiranan.
"Kemudahan-kemudahan lain yang lebih kecil seperti taska, ruang serbaguna atau kafeteria akan disediakan pada Tier Ketiga iaitu peringkat bangunan," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan memainkan peranan besar dalam merealisasikan pembangunan semula Kampung Baru.
Bernama
Thu Jan 15 2015

Pelan induk Kampung Baru melibatkan pembangunan secara berperingkat melibatkan tiga tier iaitu perbandaran, kejiranan dan bangunan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Pembangunan Kampung Baru kekalkan ciri-ciri kemelayuan - Dr Zaliha
Sebarang pembangunan di Kampung Baru akan mengambil kira sejarah dan status tanah demi memastikan kawasan itu kekal sebagai kampung Melayu.

Akok durian pesara tentera laku keras
Dia mula membuka gerai pada pukul 7 pagi dan berjaya menjual semua kuih itu, yang menggunakan 100 ulas durian premium, dalam tempoh empat jam.

Empat kenderaan terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru
Empat kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu.

DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.

26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.

'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.

Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.