Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 akan dibuat mulai 15 Ogos ini melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran tersebut dilakukan bagi membantu rakyat melakukan persiapan bersempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut pada 22 Ogos.
"Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima masing-masing bermula tarikh tersebut.
"Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau email kepada [email protected].
Lim berkata pembayaran tersebut adalah bukti Kerajaan Persekutuan tidak mengalami kebankrapan seperti yang didakwa dan sebaliknya masih mampu memberi BSH walaupun tanpa hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan subsidi petrol sebanyak RM3 bilion telah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga minyak antarabangsa telah naik 42 peratus kepada US$74 setong berbanding anggaran US$52 setong sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 03 2018
Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima masing-masing bermula 15 Ogos. - Gambar hiasan
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Pembayaran bantuan sara hidup peringkat ketiga pada 15 Ogos
Pembayaran tersebut dilakukan bagi membantu rakyat melakukan persiapan bersempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut pada 22 Ogos.