Sebanyak 24 individu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah.
Beliau berkata siasatan kali ini berdasarkan maklumat baharu dan mempunyai kaitan dengan pembelian hartanah di Australia yang mana SPRM telah membuka kertas siasatan pada tahun 2015.
"Jadi banyak perkara lagi kita kena buat untuk melihat punca wangnya dan ke mana wang itu dibelanjakan dan siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam menerima wang ini.
"Siasatan kes ini kita buka di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Azam menghadiri satu mesyuarat operasi di sini, yang turut dihadiri Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias.
Ketika ditanya bila siasatan mengenai kes ini dijangka selesai, Azam berkata siasatan akan mengambil masa.
"Kes terbaru ini akan melibatkan permohonan bantuan guaman daripada pihak Australia. Oleh itu, saya jangka sehingga penghujung tahun ini belum tentu selesai kerana apabila melibatkan pihak di luar negara, pastinya akan mengambil masa," kata Azam.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, SPRM kini dalam proses menyiapkan kertas siasatan berhubung sejumlah pemain daripada beberapa pasukan bola sepak di negara ini yang dipercayai mengambil rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan.
"Masih ada seorang lagi pemain dalam tahanan reman kita dan saya jangka minggu hadapan, kertas siasatan akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dipertimbangkan sebarang pertuduhan," kata beliau. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Azam berkata, beliau menjangkakan kes itu belum tentu akan selesai sehingga penghujung tahun ini kerana ia melibatkan pihak di luar negara. - Gambar fail
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas Pengerusi Mara Inc didakwa Jumaat ini, berdepan 22 pertuduhan rasuah
Datuk berusia 65 tahun dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.
[EKSKLUSIF] SPRM lucut hak rampas aset perasuah bernilai RM1.198 bilion tahun ini
Walau lima sen sekalipun kita nak ambil dan pulangkan kepada rakyat, apabila tindakan membekukan aset-aset penjenayah ini muka mereka cukup gelisah.
Riza Aziz ditahan SPRM, akan didakwa esok
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan penangkapan tersebut dilakukan pada jam 12 tengah hari tadi.
Pembelian pangsapuri di Australia: SPRM panggil 24 individu
Datuk Azam Baki berkata pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah.