PKR Sarawak hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri kerana didakwa membeli sebuah pesawat DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta.
Naib Pengerusinya See Chee How membuat laporan itu di Balai Polis Bahagian Kuching di sini.
Katanya beliau juga akan membuat laporan sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini.
See yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata beliau terpanggil untuk membuat laporan polis selepas membaca artikel bertajuk 'Forest Department Sarawak will be able to fly soon' dalam portal Dayak Daily semalam.
Dayak Daily memetik Pemangku Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak Hamden Mohammad antara lain berkata: "..pesawat sedang diuji Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kami harap dapat menerima pesawat itu tidak lama lagi ".
See mendakwa pesawat empat tempat duduk DA424M-NG Diamond dibeli menggunakan peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan dan ia akan diletakkan di bawah Jabatan Perhutanan negeri.
"Dengan menyatakan pesawat itu sedang diuji MAVCOM, pihak polis dan Kementerian Pengangkutan Persekutuan sepatutnya menyiasat sama ada terdapat individu atau orang perseorangan atau syarikat swasta/awam yang terlibat dalam transaksi pembelian DA42M- Pesawat NG Diamond ini.
"Dan apakah rancangan mereka dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan dan Jabatan Perhutanan Sarawak untuk membekalkan pesawat DA42M-NG Diamond yang dibeli jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya," katanya selepas membuat laporan polis itu.
See berkata pada 26 dan 27 Okt tahun lepas, pembelian pesawat itu dilaporkan secara meluas di semua akhbar di Sarawak.
"Daripada dapatan kami, kerajaan telah membayar sejumlah besar wang untuk sebuah pesawat utiliti dan latihan berenjin kembar ringan ini walaupun ia varian misi khas dengan pengubahsuaian daripada pesawat DA42 standard," dakwanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018

See Chee How berkata beliau juga akan membuat laporan sama kepada SPRM pada Isnin. Foto Facebook

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pembelian pesawat: PKR Sarawak buat laporan polis
Naib Pengerusinya See Chee How membuat laporan itu di Balai Polis Bahagian Kuching di sini.