Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mungkin melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jika kemarau berpanjangan.
Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi, melakukan operasi tersebut jika bekalan air sungai untuk kegunaan bendang semakin berkurangan.
"Buat masa terdekat ini kita mengambil pelbagai langkah, termasuk dengan mengepam air yang dikitar semula dari sungai yang berdekatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bendang Kampung Nara yang kekeringan air di sini, pada Sabtu.
Beliau turut memantau operasi mengepam air dari Sungai Semerak ke bendang berkenaan yang membabitkan 150 hektar sawah padi yang berumur antara satu hingga dua bulan.
Kementerian tersebut turut membelanjakan lebih RM2 juta bagi pembinaan pam di kawasan itu yang mula beroperasi sejak sebulan lepas.
Mengulas lanjut, Mohd Sallehuddin berkata pihaknya juga kini membekalkan 100 'backward pump' kepada petani di seluruh kawasan KADA, yang menghadapi kekurangan air yang serius dengan 20 pam jenis yang sama untuk petani di kawasan Pasir Puteh.
Beliau berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada sejumlah 26,833 hektar tanaman padi di kawasan KADA menghadapi masalah kerkurangan air.
Katanya kerajaan Persektuan mengambil inisiatif khas bagi menyelesaikan masalah itu termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas, memantau perkembangan semasa berhubung cuaca kering yang melanda negeri ini sejak dua minggu lepas.
"Kita yakin masalah ini akan dapat ditangani sebaik mungkin kerana kita telah mengambil langkah awal hasil pengalaman kemarau berpanjangan pada 2014," katanya.
Kelantan kini berdepan cuaca kering walaupun masih berada dalam musim Monsun Timur Laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2019
Antara langkah yang diambil untuk memastikan pengairan berterusan di bendang adalah dengan mengepam air yang dikitar semula dari sungai yang berdekatan. - Gambar hiasan
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pesawah rugi akibat pencemaran air Sungai Kereh
Masalah pencemaran itu bukan baharu malah berlarutan sejak lebih 40 tahun lepas dan ia semakin teruk kebelakangan ini.
Kanak-kanak mangsa pertama banjir di Pasir Puteh ditemui maut
Pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh pukul 8.00 pagi ini.
Pesawah rugi lebih RM36 juta akibat kurang air musim kemarau
PIHAKNYA MENYEDARI RISIKO ITU DAN AKAN BEKERJASAMA DENGAN KADA BAGI MENANGANI MASALAH ITU ATAU SEKURANG-KURANGNYA MEMINIMUMKAN KERUGIAN PESAWAH//
Pembenihan awan di kawasan KADA jika kemarau berpanjangan
Bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi, melakukan operasi tersebut jika bekalan air sungai untuk kegunaan bendang semakin berkurangan.
Pesawah temui mayat 'berkafan' di bendangnya
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Saari Ariffin, 68, berkata dia ternampak satu objek yang seakan-akan kepala manusia ketika mahu membersihkan petak sawah tersebut.