Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan kepada kerajaan supaya mematuhi kod tata laku keharmonian industri apabila memberhentikan pekerja Malaysia Airlines (MAS), yang sedang dilanda masalah.
Presidennya Khalid Atan berkata kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja bagi mengurangkan dengan seboleh mungkin gangguan dan kesukaran yang akan dialami pekerja dan majikan.
Beliau berkata sebagai majikan bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan kebajikan pekerja merupakan perkara yang paling diutamakan apabila melakukan penyusunan semula terhadap model perniagaan MAS.
Beliau berkata demikian kepada Bernama bagi mengulas rancangan Khazanah Nasional Bhd menyusun semula syarikat penerbangan kebanggaan itu, yang memerlukan pembuangan kira-kira 6,000 pekerja.
Khalid berkata jumlah 6,000 pekerja itu sebenarnya bersamaan dengan 30,000 orang -- jika diambil kira bahawa setiap pekerja mempunyai lima anggota keluarga -- yang akan terjejas dengan langkah penyusunan semula itu.
Beliau turut menggesa Khazanah Nasional mendapatkan penglibatan pemimpin kesatuan sekerja bagi membantu melaksanakan urusan itu untuk meminimumkan kesusahan yang dialami pekerja dan keluarga mereka.
Bernama
Sat Aug 30 2014

Kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja - Gambar Fail

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad hari iini mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan baharu dana kekayaan kedaulatan itu.

Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
Shahril Ridza dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.

Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan
Kesemua lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad tawar diri meletak jawatan bagi memastikan peralihan dana kekayaan kedaulatan itu adalah terurus dan berjalan lancar.

GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik
GLIC diberikan taklimat hala tuju oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan.

Charon Mokhzani tinggalkan Khazanah Nasional
Dato Charon Mokhzani akan meninggalkan Khazanah dan KRI pada pertengahan bulan Mei 2018, selepas berkhidmat selama hampir lima tahun.

Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, "keuntungan Portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) adalah yang tertinggi yang pernah dicatat sejak tahun 2004".

Arul Kanda enggan ulas lanjut isu kepimpinan Khazanah
Khazanah mempunyai aset berjumlah RM145.1 bilion setakat akhir tahun lepas, dan mempunyai pegangan dalam lebih 100 syarikat dalam pelbagai sektor.