Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan utama bukan penyebab berlakunya kesesakan dan kemalangan di lebuh raya.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata sikap pemandu yang cuai dan tidak berhemah terus menjadi penyumbang statistik saban tahun.
"Pemberian diskaun adalah cara syarikat konsesi menghargai pelanggan lebuh raya mereka dan bukan penyebab kesesakan di musim perayaan.
"Paling utama, setiap syarikat konsesi mengeluarkan jadual cadangan perjalanan sebagai rujukan pengguna untuk mereka merancang perjalanan pada musim perayaan," katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baharu Cina 2019 di sini, pada Selasa.
Hadir sama Ketua Pengarah Lebuhraya Malaysia Datuk Seri Aziz Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Sazally Saidi.
Baru berkata, sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Feb nanti sebanyak 25 lebuh raya akan menawarkan insentif berbentuk diskaun kadar tol sebanyak 10 hingga 30 peratus kepada pengguna.
Jelasnya, diskaun khusus untuk pengguna tol bagi kenderaan Kelas 1 itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa, 5 Feb.
"Sebanyak 14 lebuh raya seperti Leburaya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 2, Lebuhraya SMART, KESAS, LATAR dan Jambatan Pulau Pinang akan menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus," katanya.
Diskaun 15 peratus pula ditawarkan kepada pengguna lebuh raya AKLEH, LKSA, SILK, GUTHRIE, Lebuhraya KL - Putrajaya dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru.
Diskaun 30 peratus pula ditawarkan oleh tiga lebuh raya iaitu Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya LDP.
Sementara itu, Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuhraya Sungai Besi menawarkan diskaun 20 peratus.
Dalam pada itu, Baru berharap statistik kemalangan dan kematian pada musim perayaan akan terus menurun pada tahun ini.
"Penurunan jumlah kematian yang dicatat melalui Op Selamat ke-12 pada tahun lalu diharap menjadi titik tolak yang positif atas usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak dan berharap trend penurunan ini akan terus dikekalkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 29 2019

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Feb nanti sebanyak 25 lebuh raya akan menawarkan insentif berbentuk diskaun kadar tol sebanyak 10 hingga 30 peratus kepada pengguna. - Gambar fail

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Aidilfitri: Aliran trafik di beberapa lebuh raya sesak pagi ini
Peningkatan aliran trafik hari ini sudah dijangka susulan pemberian tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri.

Tol percuma: Keluar plaza tol sebelum 12 tengah malam
LLM turut menyarankan orang ramai supaya keluar terlebih dahulu di plaza tol berhampiran sekiranya mendapati sudah menghampiri tempoh tamat mendapatkan tol percuma itu.

PRN Johor: PLUS nafi beri diskaun tol 50 peratus
PLUS menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi.

Kerajaan kaji semula diskaun tol 18 peratus PLUS
Kajian semua diskaun tol merupakan antara perkara dasar yang akan menjadi agenda mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Belanjawan 2020: Diskaun 18 peratus untuk semua tol milik PLUS
Langkah itu akan memberi penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020.

Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza
Pengarah Urusannya Datuk Shahril Ridza Redzuan berkata setakat ini, pihaknya menolak kesemua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing, mahu pun tempatan.

Diskaun tol sehingga 20 peratus di Besraya, NPE dan LEKAS sempena Aidilfitri
Pemberian ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman.

1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1
Pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Diskaun tol 20 peratus Lebuhraya AKLEH sepanjang April
Diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.