Pembinaan jambatan tinggi yang menghubungkan Malaysia dan Singapura di bawah projek Sistem Transit Pantas (RTS) Johor Bahru-Singapura, merupakan antara perkara penting yang dicapai pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jambatan berkenaan dan RTS, yang akan menambah baik hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara pada akhir tahun depan.
Beliau berkata penyelesaian tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan pemimpin kedua-dua negara.
"Kami berpendapat ia adalah penyelesaian yang paling kos efektif, sebab itulah kita memikirkan tentang penyelesaian jambatan tinggi untuk mengintegrasikannya dengan sistem transit aliran massa Singapura.
"Pada tahun depan, kita akan dapat memuktamadkannya," kata beliau pada sidang akhbar bersama selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dua hala bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di sini Selasa.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut hadir pada sidang akhbar itu.
Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin-pemimpin itu menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam projek RTS Johor Bahru-Singapura di bawah Transportation Links Work Group dan mengesahkan bidang utama perjanjian yang dicapai setakat ini.
Apabila siap kelak, sambungan RTS itu akan meningkatkan hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, katanya.
RTS akan menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Woodlands North di Singapura di mana penumpang boleh meneruskan perjalanan menggunakan laluan Thomson-East Coast Line di Singapura.
RTS akan menggunakan empat teras sistem Thomson-East Coast Line untuk meraih faedah ekonomi dan akan dikendalikan oleh sebuah entiti korporat.
Tambang bagi RTS itu akan berdasarkan pasaran dan ditetapkan oleh pengendali serta tidak akan dikawal selia oleh kerajaan-kerajaan, kata kenyataan itu.
Pemimpin kedua-dua negara berharap dapat menandatangani perjanjian dua hala bagi RTS berkenaan pada akhir 2017.
Sementara itu, perjanjian HSR yang ditandatangani hari ini memuktamadkan kerangka kerja peraturan, teknikal, keselamatan dan keperluan keselamatan, perdagangan, kewangan dan perolehan serta kastam, imigresen dan kuarantin bagi projek tersebut. - Bernama
Bernama
Tue Dec 13 2016
Datuk Seri Najib Razak dan Lee Hsien Loong pada majlis menandatangani perjanjian dua hala bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya pada Selasa. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Pembinaan jambatan tinggi dalam projek RTS dimuktamad tahun depan - PM Najib
Jambatan berkenaan dan RTS, yang akan menambah baik hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara pada akhir tahun depan.