Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Feb lalu hanya bersandarkan khayalan, pembohongan dan perkara yang hanya separuh benar.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, dakwaan Malaysia 'berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar itu menjadi asas kepada kesimpulan Kang Chol bahawa 'penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir' dan 'penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifkan politik.'
"Apabila Duta Besar dipanggil (summoned) oleh Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal-Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa. Ia juga telah dijalankan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan Malaysia.
"Apa juga tohmahan yang dibuat yang menyangkal hakikat ini, ataupun apa juga tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.
"Penyiasatan polis tersebut adalah berdasarkan kesemua petunjuk (leads) yang ada. Petunjuk-petunjuk ini akan disiasat sepenuhnya. Petunjuk-petunjuk tersebut mungkin melangkau dan di dalam sesetengah kes, tidak ada hubung kait dengan maklumat yang diberi pihak kedutaan mahupun entiti-entiti lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Malaysia terikat dengan undang-undang dalam siasatan pembunuhan Jong Nam - PM Najib
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
BACA: Wisma Putra arah Duta Malaysia pulang, panggil Duta Korea Utara beri penjelasan
Sebelum ini, Wisma Putra menekankan bahawa memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.
Wisma Putra menjelaskan, penyiasatan kes itu telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.
Jelas Wisma Putra, Kedutaan Besar Korea Utara turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat perlu dijalankan.
Dalam pada itu kata Anifah, di mana-manapun negara yang bertamadun, adalah menjadi amalan bahawa kes sedemikian rupa akan disiasat secara komprehensif.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat demikian. Pihak awam juga akan menuntut perkara yang sama. Oleh yang demikian, maklumat kepada umum telah diberi apabila perlu.
"Adalah juga menjadi kelaziman bagi pihak kedutaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negara hos untuk memastikan bahawa penyiasatan yang dijalankan adalah serapi mungkin, dan bukannya untuk menimbulkan syak-wasangka terhadap penyiasatan tersebut," jelasnya.
Pada 13 Feb, Jong Nam, yang hidup terasing daripada adiknya, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain mengandungi cecair yang dipercayai racun.
Jong Nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di klia2 dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Astro Awani
Mon Feb 20 2017

Kata Anifah, di mana-manapun negara yang bertamadun, adalah menjadi amalan bahawa kes sedemikian rupa akan disiasat secara komprehensif. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.

Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.

Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).

Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.

1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.

'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.

'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.

'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.

Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.