Pada masa sama, Dr Mahathir turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pemergian bekas presiden ketiga negara itu.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pulangnya ke rahmatullah Bapak BJ Habibie.
“Sesungguhnya pemergiannya satu kehilangan besar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah,” katanya menerusi perkongsian di Twitternya pada Rabu.
BACA: Bekas Presiden Indonesia, Habibie meninggal dunia
BACA: Jokowi tidak sempat bertemu Habibie
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyampaikan ucapan belasungkawa menerusi Twitternya.
“Belasungkawa atas pemergian Bapak Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) Mantan Presiden Republik Indonesia yang telah kembali mengadap KhalikNYA sebentar tadi,” titipnya.
Terdahulu, Habibie dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun pada jam 6.05 petang Rabu.
Bj Habibie, 83 tahun, menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya. Perkara itu disahkan anak lelakinya, Thareq Kemal.
BACA: "Pak Habibie bapa teknologi Indonesia" - Jokowi
BACA: Pemergian Habibie: Bunga Citra Lestari selebriti paling terkesan
Difahamkan Habibie mula menjalani rawatan secara intensif di hospital tersebut sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.