Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dua pemohonan semakan kehakiman oleh Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan empat individu lain, yang mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya diadakan pemilihan semula parti.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campurtangan dalam keputusan RoS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional sejajar dengan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18 (b)(1) Akta Pertubuhan 1966.
Mahkamah memerintahkan kelima-lima pemohon itu supaya membayar kos RM90,000 kepada RoS, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, yang juga pencelah dalam permohonan itu.
Kesemua pemohon memfailkan dua permohonan berasingan bagi semakan kehakiman untuk mencabar arahan RoS supaya diadakan pemilihan semula parti.
Permohonan pertama difailkan pada 23 Feb oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC A.K. Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan ketua pengarahnya Mohammad Razin Abdullah sebagai responden.
Bernama
Mon Jun 15 2015
Saravanan, yang merupakan pencelah dalam permohonan itu, adalah antara tiga pihak yang akan menerima kos RM90,000.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Kerajaan Kedah disaran tubuh pasukan penilai, elak projek swasta terbengkalai - ADUN
Kerajaan Kedah disaran menubuhkan pasukan penilai untuk meneliti kemampuan setiap syarikat swasta yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.
#AWANIRingkas 25 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Pintu sempadan akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah
2️⃣ Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
3️⃣ Barisan EXCO Perlis berlaku rombakan
#awaniringkas
1️⃣ Pintu sempadan akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah
2️⃣ Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
3️⃣ Barisan EXCO Perlis berlaku rombakan
#awaniringkas
Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.
Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
13 Okt pendengaran permohonan KDN tangguh keputusan mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan KDN berkaitan penggantungan dua akhbar milik The Edge Communications Sdn Bhd.
Lembaga Pengampunan: Hakim tarik diri daripada dengar kes Anwar
Asmabi Mohamad menarik diri daripada mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya.
Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah
Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan.
Pemilihan jawatan: Mahkamah tolak saman pemimpin MIC terhadap RoS
Mahkamah Tinggi menolak dua pemohonan semakan kehakiman oleh Presiden MIC dan empat individu lain, yang mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan RoS.