Pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kekasaran bahasanya dalam satu kenyataan mengenai janji menteri berkenaan.
Menerusi posting terbaru di Facebooknya, Azri Zahier menjelaskan kenapa beliau menggunakan bahasa kasar dalam posting sebelumnya yang bertajuk "Sempena Tahun Babi, Ini Cerita Pasal Ke-Babi-an".
Menurut Azri Zahier, beliau kecewa dengan janji dan harapan yang diberikan oleh pihak menteri tentang promosi yang akan diberikan selepas menaja minuman percuma.
"Ia juga bukan isu 'menteri tak tolong' kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.
"Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.
"4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran mengingatkan janji tidak tertunai itu," katanya mengingatkan tentang janji yang diberikan sebelum ini.
Azri Zahier mengakui beliau menggunakan bahasa yang kasar dalam postingnya sebelum ini, namun katanya, pesanan yang jelas dapat diberikan kepada Syed Saddiq dan pasukannya.
"Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi. Media sosial adalah saluran yang tepat untuk mendapatkan respon ahli politik.
"YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab you are the minister. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan social media campaign kami tahu jawapan sebenarnya.
"Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; bukan kerana nama (atau undi).
"Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf atas kekasaran bahasa saya," katanya lagi.
Akibat posting beliau sebelum ini, Syed Saddiq melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan bahawa kementeriannya telah menipu usahawan.
BACA: 'Saya bantu dia, tapi dia caci saya' - Syed Saddiq kecewa dicerca usahawan muda
Astro Awani
Tue Feb 05 2019

AZRI: Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; bukan kerana nama (atau undi). - Foto: Facebook / Azri Zahier Azmi

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemilik Hausboom mohon maaf atas kekasaran bahasa, tapi tegaskan isu utama
Azri Zahier menjelaskan kenapa beliau menggunakan bahasa kasar dalam posting sebelumnya yang bertajuk "Sempena Tahun Babi, Ini Cerita Pasal Ke-Babi-an".