Pemilik Maahad Tahfiz Al-Hashimi Datuk Adnan Hashim, bakal membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang memerintahkan pihaknya membayar ganti rugi RM4.3 juta kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas.
Dalam satu rakaman video, Adnan akur dengan keputusan tersebut dan menganggap ia ujian dari Allah.
“Ini adalah ujian Allah. Kami terima. Kami akan bertindak mengikut panduan daripada Allah dan Al-Quran.
"Saya mohon doa daripada tuan-tuan dan puan-puan agar Allah kemudian akan takdirkan satu keadilan demi agama kita Islam,” katanya sambil menahan tangisan.
Tambah Adnan, tujuan beliau membuat rayuan adalah bagi memastikan kejadian tersebut tidak menggagalkan usaha pihak keluarganya untuk terus berbakti demi agama dan negara.
“Saya tidak mahu kejadian ini akan menggagalkan dan menurunkan semangat serta usaha yang dibuat pihak agama, terutama perjuangan tahfiz.
“Saya tidak mahu keluarga saya atau anak cucu saya yang bakal mengambil peranan dalam perjuangan ini, kecewa dan tidak akan meneruskan perjuangan yang amat penting untuk islam dan negara ini,” katanya.
Adnan berkata pengajaran tahfiz di sekolah miliknya adalah sistematik dengan niat membina anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat.
“Setiap tiga tahun saya ambil pelajar dan mengajar secara percuma dengan kos operasi sekitar RM40,000 ke RM60,000.
“Alhamdulillah, ini rezeki dari Allah... bukan milik saya,” katanya.
Pada masa sama beliau melahirkan rasa kecewa dengan tuntutan tersebut kerana beliau sudah sedaya upaya memperbetul keadaan termasuk memohon maaf, membantu dari segi kewangan kepada keluarga mangsa.
“Saya sendiri amat kecewa. Keluarga mangsa telah saya pujuk dan pelbagai aspek saya jaga, perbelanjaan pembedahan saya tanggung sekitar RM20,000.
“Sejak mangsa di hospital, saya bantu kewangan dan apabila mangsa keluar saya tempatkan mangsa dan seluruh keluarga menginap di rumah khas di maahad tahfiz. Saya mahu jadikan beliau duta Al-Quran apabila sembuh kelak dan beliau semakin sembuh.
“Mereka duduk sehingga bulan Jun. Selepas mereka keluar baru saya tahu adanya proses mahkamah yang baru bermula,” katanya.
Dalam keputusan, hakim Nazri Ismail berkata tiga daripada empat defendan iaitu Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, yang juga pemandu van, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, bertanggungjawab secara vikarius, untuk membayar kos tersebut kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, dan ibunya, Jahsuriawany Mustapha, 46, selepas mangsa hilang upaya akibat kemalangan tersebut.
Pengetua maahad tahfiz itu, Mohd Khalidi Che Haron yang dinamakan sebagai defendan ketiga, tidak diperintahkan membayar kos berkenaan.
Najib Aroff
Sun Sep 23 2018
Tambah Adnan tujuan beliau membuat rayuan adalah bagi memastikan kejadian tersebut tidak mengagalkan usaha pihak keluarganya untuk terus berbakti demi agama dan negara. - Foto Fail
Utusan Asia Barat Trump bertemu Netanyahu
Steve Witkoff bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
Liga Pro Saudi: Al-Ittihad hilang cengkaman di puncak
Al-Ittihad berkelebihan dua mata di puncak sebelum dipintas Al-Hilal yang memperoleh kemenangan.
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, tumpuan akan diberikan kepada kadar inflasi AS, dengan Indeks Harga Pengeluar akan dikeluarkan pada Selasa dan Indeks Harga Pengguna pula pada Rabu.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan masuk ke dalam kolam takungan air di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor petang semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir di Johor bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.
Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.
#AWANIRingkas 12 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Januari 2025
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
Pemilik tahfiz kecewa disaman, bakal buat rayuan
"Saya sendiri amat kecewa. Keluarga mangsa telah saya pujuk dan pelbagai aspek saya jaga, perbelanjaan pembedahan saya tanggung sekitar RM20 ribu."